Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kerajaan MADANI catat rekod terbaik selesai sembilan tuntutan MA63 dalam tiga tahun – Mustapha
  • NASIONAL

Kerajaan MADANI catat rekod terbaik selesai sembilan tuntutan MA63 dalam tiga tahun – Mustapha

Utusan Sarawak 9 hours ago
DATUK Mustapha Sakmud. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kerajaan MADANI berjaya melakar rekod terbaik dalam sejarah negara apabila menyelesaikan sembilan perkara di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam tempoh hanya tiga tahun pentadbiran.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud berkata pencapaian itu mengatasi rekod pentadbiran terdahulu yang hanya menyelesaikan empat perkara dalam tempoh lebih lama.

Beliau berkata daripada keseluruhan 29 tuntutan, sebanyak 13 perkara kini telah diselesaikan menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sembilan perkara telah kita selesaikan dalam masa tiga tahun bersama kedua-dua kerajaan negeri dengan kehadiran Premier Sarawak dan juga Ketua Menteri Sabah. Ini adalah perundingan antara tiga wilayah penting yang telah membentuk Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Perwakilan Pakatan Harapan (PH) Sabah pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Mustapha berkata antara kejayaan utama ialah pengiktirafan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah serta Sarawak sebagai jabatan teknikal, pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi memasukkan wakil wilayah tersebut, serta pengukuhan badan kehakiman.

Selain itu, beliau turut menekankan komitmen luar biasa Kerajaan MADANI dalam menyalurkan peruntukan khas interim yang kini melonjak kepada RM600 juta bagi setiap wilayah, berbanding hanya RM125.6 juta pada 2022.

“Mana lagi mahu cari kerajaan seperti ini? Kerajaan MADANI bukan sahaja komited dalam kata-kata, tetapi menunaikan manifesto termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri dari Borneo buat kali pertama dalam sejarah,” katanya.

Menurutnya peruntukan pembangunan bagi Sabah juga terus meningkat daripada RM5.2 bilion pada 2022 kepada RM6.9 bilion dalam belanjawan tahun ini bagi memastikan projek infrastruktur kritikal seperti Lebuh Raya Pan Borneo dapat dipercepat.

Beliau berkata komitmen itu membuktikan PH dan Kerajaan Perpaduan tidak pernah tersasar dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan parti dan perjanjian pembentukan Malaysia.- Bernama

Continue Reading

Previous: TVET 2.0 akan diperkenalkan tumpu bidang berimpak tinggi – TPM Ahmad Zahid
Next: Warga APM diseru bersedia hadapi kemungkinan bencana ketika Monsun Barat Daya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.