Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Lapan cedera selepas kereta rempuh pejalan kaki di utara Itali
  • GLOBAL

Lapan cedera selepas kereta rempuh pejalan kaki di utara Itali

Utusan Sarawak 11 hours ago
KEADAAN lokasi kejadian di Modena, Itali selepas sebuah kereta merempuh beberapa pejalan kaki di laluan pusat bandar, mengakibatkan kecederaan serius kepada beberapa mangsa. Foto AGENSI

ROM: Sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Modena, utara Itali pada Sabtu, menyebabkan lapan cedera, dengan empat daripada mereka berada dalam keadaan serius, lapor Xinhua memetik agensi berita ANSA Itali.

Datuk Bandar Modena Massimo Mezzetti memberitahu media tempatan bahawa pemandu berusia 31 tahun itu memandu ke atas laluan pejalan kaki di pusat bandar, melanggar beberapa pejalan kaki sebelum merempuh cermin sebuah premis perniagaan.

Saksi berkata pemandu itu kemudiannya keluar dari kereta dan menikam seorang pejalan kaki yang cuba menghalangnya.

Pemandu itu telah ditahan dan sedang disoal siasat di ibu pejabat polis.

Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni menyifatkan insiden itu sebagai “amat serius” menerusi hantaran di media sosial, sambil memaklumkan bahawa beliau sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

Perkhidmatan kecemasan termasuk polis, pasukan gendarmeri kebangsaan dan polis kewangan telah tiba di lokasi kejadian. Siasatan sedang dijalankan.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Korea Selatan lapor kematian berkaitan haba paling awal direkodkan tahun ini
Next: Gunung Semeru di Indonesia meletus, orang ramai digesa jauhi kawasan berisiko

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.