Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Ular sawa dalam reban ayam berjaya ditangkap bomba
  • Tengah
  • WILAYAH

Ular sawa dalam reban ayam berjaya ditangkap bomba

Utusan Sarawak 8 hours ago
 ANGGOTA bomba menangkap ular menggunakan alat penjerut ular. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Seekor ular sawa ditemui berada di dalam reban ayam di Jalan Abang Amin, Kampung Muhibah telah ditangkap anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.10 petang.

“Respons dengan panggilan kecemasan, tiga anggota bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulfaiza Mohamad bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa telah berada dalam reban ayam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, ular sawa berjaya ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Ular sawa ditangkap dalam tempoh lebih kurang 16 minit.

“Khidmat khas di lokasi selesai sepenuhnya pada 1.37 petang dan ular telah dilepaskan semula ke habitat asal,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Generasi muda benteng kelangsungan warisan ‘ngajat’, ‘betabuh’
Next: Ngajat tradisional terus mendapat tempat dalam kalangan generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.