Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Wanita PBB Bukit Sari perkukuh kesepakatan melalui aktiviti sukan dan sosial
  • Utara
  • WILAYAH

Wanita PBB Bukit Sari perkukuh kesepakatan melalui aktiviti sukan dan sosial

Utusan Sarawak 6 hours ago
WANITA PBB Cawangan Bukit Sari menyertai pelbagai aktiviti sukan dan sosial yang diadakan di Arena Lawas bagi memperkukuh semangat kerjasama, perpaduan dan ukhuwah antara ahli dari tiga zon, semalam.

LAWAS: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Bukit Sari menganjurkan aktiviti sukan dan sosial bersama 10 ranting Wanita PBB dari Zon Bandar, Zon Punang dan Zon Jalan Punang di Arena Lawas, semalam.

Ketua Wanita PBB Cawangan Bukit Sari, Aujinajian Garip berkata program tersebut bertujuan memperkukuh kesepakatan dalam kalangan ahli Pergerakan Wanita PBB Bukit Sari serta ranting yang terlibat.

Menurutnya, program berkenaan turut menjadi platform memupuk semangat berpasukan dan kerjasama menerusi aktiviti santai dan mencuit hati.

“Kita mahu memupuk semangat berpasukan dan kerjasama melalui permainan yang diadakan. Pada masa sama, program ini memberi ruang kepada peserta merehatkan minda daripada tugasan harian.

“Kita juga ingin menerapkan semangat persaingan sihat serta sikap terbuka dalam menerima kemenangan dan kekalahan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Seramai 147 peserta menyertai program tersebut membabitkan Wanita PBB Ranting Batu Dua, Bandar, Banting, Punang Lama, Punang Jaya, Punang Baru, Kampung Belipat/Belangsat, Kampung Sualai, Kampung Belimbing dan Kampung Masjid Menengah.

Antara acara yang diadakan ialah senam tari, pertandingan gubahan bunga kawat bulu, permainan Pilihlah Aku serta memijak belon.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Program Derma Darah PML dan PKMS dapat sambutan positif
Next: RM7.8 juta disalur perkukuh pendidikan di Meradong sejak 2021

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.