Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Festival Muzik Kuching gegar malam pertama, ribuan banjiri tapak acara
  • HIBURAN

Festival Muzik Kuching gegar malam pertama, ribuan banjiri tapak acara

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERSEMBAHAN bertenaga oleh kumpulan OAG mencuri perhatian pengunjung pada Festival Muzik Kuching. Foto Norman B

KUCHING: Malam pertama Festival Muzik Kuching membuka tirai dengan semangat luar biasa apabila ribuan pengunjung mula memenuhi kawasan acara sejak awal malam tadi, sekali gus menghidupkan suasana dengan tenaga, sorakan dan keterujaan yang tidak henti-henti.

Seawal petang, kawasan festival sudah mula dipenuhi peminat muzik yang tidak sabar menantikan deretan persembahan artis, menjadikan setiap ruang dipenuhi sorakan dan debaran yang kian memuncak.

PENAMPILAN Ramles Walter di Festival Muzik Kuching turut menambah kemeriahan acara apabila kehadirannya disambut dengan sorakan pengunjung. Foto Norman B

Pentas utama malam pertama dimeriahkan dengan kemunculan kumpulan OAG serta barisan artis seperti Melissa Francis, Firdaus Materang dan Ramles Walter yang masing-masing menghidupkan pentas dengan tenaga luar biasa sehingga menggamatkan suasana.

MELISSA Francis menjadi antara tumpuan di Festival Muzik Kuching apabila penampilannya di pentas mendapat sambutan hangat penonton. Foto Norman B

Dentuman muzik yang bergema di seluruh ruang acara seolah-olah menyatu dengan sorakan penonton, mencipta gelombang keterujaan yang sukar digambarkan, seakan seluruh tapak festival bernafas dengan irama yang sama.

Tidak ketinggalan, peniaga makanan dan minuman turut merasai limpahan rezeki apabila kawasan sekitar festival kekal sesak sehingga lewat malam dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus-putus.

FIRDAUS Materang turut menghangatkan suasana Festival Muzik Kuching apabila berjaya mencuri perhatian para pengunjung. Foto Norman B

Gabungan muzik, cahaya dan sorakan itu menjadikan malam pertama Festival Muzik Kuching sebagai sebuah pesta hiburan yang penuh emosi, tenaga dan kemeriahan luar biasa di bandar raya ini tahun ini.

Sementara itu, kemuncak acara malam ini dijangka terus berlangsung meriah dengan penampilan penyanyi terkenal Indonesia, Cakra Khan, yang bakal berkongsi pentas bersama barisan artis tempatan iaitu Chien Ng, Mal Imran dan Carrie Geres.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Sentuhan manusia jiwa penghasilan muzik, syukuri rekod satu billion penstriman – Yuna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.