Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kemasukan pelajar UEC ke IPTA kekal bersyarat, wajib lulus BM dan Sejarah – PM Anwar
  • PENDIDIKAN

Kemasukan pelajar UEC ke IPTA kekal bersyarat, wajib lulus BM dan Sejarah – PM Anwar

Utusan Sarawak 10 hours ago
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni orang ramai ketika hadir pada Majlis Peluncuran Skim PADURI MADANI di Serbaguna Bandar Baru, Tambun hari ini. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto BERNAMA

IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetap tertakluk kepada syarat ketat sama seperti lulusan sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain.

Beliau berkata antara syarat utama bagi melayakkan mereka mendapat tempat di universiti awam ialah wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Sekarang ini sekolah antarabangsa kita letak syarat kan? (syarat sama), sekolah antarabangsa itu anak-anak Melayu ramai, anak-anak Malaysia. Jadi kita syaratkan yang sama.

“Maahad Tahfiz dan sekolah Arab yang dulunya mengajar semua kurikulum dalam bahasa Arab tetapi tidak memberi penekanan tentang bahasa Melayu dan sejarah, kita berikan syarat yang sama. Itulah sebabnya mengapa kita buat keputusan (beri laluan kepada UEC),” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Perdana Menteri menyifatkan landskap sekolah persendirian Cina di negara ini telah menunjukkan anjakan yang positif ke arah integrasi nasional berbanding keadaan empat dekad lepas.

Beliau berkata meskipun isu pengiktirafan UEC telah dibincangkan selama puluhan tahun, kini terdapat perkembangan membanggakan apabila lebih 80 peratus pelajar daripada aliran tersebut memilih untuk menduduki peperiksaan SPM. 

“Semasa saya mula bincang lulusan UEC semasa saya (menjadi) Menteri Pendidikan dan Tan Sri Rahman Arshad (Allahyarham) Ketua Pengarah Pendidikan (ketika itu), kita menghadapi kesukaran untuk memberikan ruang, kerana pada masa itu, sekolah Cina ini terpisah langsung dengan landasan pendidikan kebangsaan.

“Dan beberapa pertemuan dengan saya, pemimpin-pemimpin guru tersebut enggan berbicara sepatah pun dalam bahasa Melayu,” kata Anwar.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan situasi tersebut kini telah berubah sepenuhnya selaras dengan semangat perpaduan dan keterbukaan dalam sistem pendidikan negara.

Beliau menarik perhatian bahawa dalam pertemuan terbaharu, kesemua wakil persatuan berkaitan kini fasih berkomunikasi dalam Bahasa Melayu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir penghargaan kepada warga pendidik
Next: Kerajaan akan terus semak, pertimbang tambah peruntukan untuk KPM – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.