Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Guru bentuk perjalanan hidup, jadi inspirasi kejayaan anak didik
  • PENDIDIKAN

Guru bentuk perjalanan hidup, jadi inspirasi kejayaan anak didik

Utusan Sarawak 12 hours ago
UNTUK ALBUM…Gambar kenangan penulis bersama warga pendidik yang telah berjaya mendidiknya sejak dari bangku sekolah sehingga ke menara gading.

SIBU: Sambutan Hari Guru bukan sekadar penghargaan terhadap profesion perguruan, malah menjadi detik mengimbau jasa dan pengorbanan insan yang banyak membentuk perjalanan hidup serta kejayaan seseorang.

Bagi penulis, setiap fasa pendidikan bermula dari sekolah rendah hingga ke universiti meninggalkan kenangan tersendiri bersama guru dan pensyarah yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi turut mendidik nilai kehidupan.

Masih segar dalam ingatan bagaimana ada guru sanggup meluangkan masa selepas waktu persekolahan demi memastikan pelajar memahami pelajaran selain tidak pernah jemu memberi tunjuk ajar dan kata semangat kepada anak didik.

UNTUK ALBUM…Gambar kenangan penulis bersama warga pendidik yang telah berjaya mendidiknya sejak dari bangku sekolah sehingga ke menara gading.

Ketika di bangku sekolah, ketegasan guru sering dianggap sesuatu yang membebankan, namun apabila meningkat dewasa, barulah difahami bahawa setiap nasihat, teguran dan disiplin diterapkan sebenarnya lahir daripada rasa tanggungjawab serta kasih seorang pendidik yang mahu melihat pelajarnya berjaya.

Di peringkat universiti pula, pensyarah memainkan peranan besar dalam membentuk pemikiran lebih matang selain mengajar erti tanggungjawab, keyakinan diri dan cabaran sebenar kehidupan.

UNTUK ALBUM…Gambar kenangan penulis bersama warga pendidik yang telah berjaya mendidiknya sejak dari bangku sekolah sehingga ke menara gading.

Hakikatnya, seorang guru mungkin tidak menyedari bahawa kata-kata semangat yang diberikan di dalam kelas mampu menjadi kekuatan yang diingati pelajar sehingga ke hari ini.

Sempena Hari Guru, penghargaan wajar diberikan kepada semua guru dan pensyarah yang pernah mendidik tanpa mengenal penat lelah serta sentiasa percaya terhadap potensi setiap anak didik mereka.

“Selamat Hari Guru buat semua insan bergelar pendidik. Terima kasih kerana pernah percaya kepada kami ketika kami sendiri belum yakin dengan kemampuan diri. Segala ilmu, nasihat dan pengorbanan cikgu akan sentiasa dikenang sampai bila-bila,” katanya.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan seorang guru tidak mampu dibalas sepenuhnya, namun akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta dihargai sepanjang hayat.

Oleh Tarani Lanting

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPM komited selesai isu guru ‘duka lara’ – Fadhlina
Next: Sambutan hari guru: KPM umum 12 inisiatif khusus untuk perkasa guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.