Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Projek naik taraf jambatan, jalan Tanjung Kunyit siap sepenuhnya
  • Tengah
  • WILAYAH

Projek naik taraf jambatan, jalan Tanjung Kunyit siap sepenuhnya

Utusan Sarawak 7 hours ago
UNTUK RAKYAT… Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie ketika melawat projek pembinaan jambatan konkrit ketiga serta kerja menaik taraf jalan di kawasan Tanjung Kunyit.

SIBU: Projek pembinaan jambatan konkrit ketiga serta kerja menaik taraf jalan di kawasan Tanjung Kunyit berhampiran Gereja Methodist Sang Ik kini siap sepenuhnya, sekali gus melengkapkan sambungan tiga jambatan konkrit utama di laluan berkenaan.

Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie berkata, projek itu dilaksanakan menerusi dana Program Transformasi Luar Bandar (RTP) khas yang diperuntukkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, ketiga-tiga jambatan berkenaan sebelum ini merupakan jambatan kayu lama yang sering digunakan penduduk setempat termasuk pelajar dan penunggang motosikal untuk berulang-alik ke sekolah berhampiran.

“Jambatan kayu sebelum ini sempit dan ada antaranya hanya boleh dilalui motosikal. Demi keselamatan penduduk dan pengguna jalan raya, beberapa lawatan tapak serta perbincangan bersama pihak berkaitan telah diadakan sebelum pembinaan jambatan konkrit ini dilaksanakan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UNTUK RAKYAT… Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan, Kevin Lau Kor Jie ketika melawat projek pembinaan jambatan konkrit ketiga serta kerja menaik taraf jalan di kawasan Tanjung Kunyit.

Beliau berkata, pemeriksaan akhir projek telah dijalankan semalam bersama anggota pasukan SUPP Bawang Assan, penghulu dan kapitan kawasan, jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Sibu serta pihak kontraktor.

Katanya, siapnya projek itu bukan sahaja meningkatkan sistem perparitan di kawasan berkenaan, malah turut menambah baik aspek keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya khususnya pelajar dan penduduk yang berulang-alik setiap hari.

“Dengan ketiga-tiga jambatan konkrit kini bersambung sepenuhnya, laluan tersebut tidak lagi terhad kepada motosikal sahaja malah boleh dilalui kenderaan persendirian kecil, sekali gus memudahkan penduduk keluar masuk ke kawasan ini,” ujarnya.

Kevin berkata, keseluruhan projek yang dilaksanakan secara berfasa itu mengambil masa lebih setahun bagi mengurangkan gangguan kepada penduduk dan pengguna jalan raya sepanjang tempoh pembinaan.

“Beberapa cabaran teknikal turut dihadapi sepanjang pelaksanaan projek, namun semua kerja berjaya disiapkan dengan lancar.

“Saya merakamkan penghargaan kepada penduduk berhampiran atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang projek dilaksanakan,” ujar beliau lagi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Jalan Pahlawan ditutup sementara akibat kerja kecemasan
Next: Taman Tumbina Bintulu tawar pengalaman santai dekatkan pengunjung dengan alam semula jadi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.