Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Ketam kalok di Gerai Jalanan Borneo jadi buruan pencinta makanan laut
  • RENCANA

Ketam kalok di Gerai Jalanan Borneo jadi buruan pencinta makanan laut

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEMILIK gerai Gerai Jalanan Borneo, Mohd Zulfikar Madli menunjukkan ketam kalok.

SANTUBONG: Ketam nipah atau kalok dari Kampung Buntal semakin mencuri perhatian pencinta makanan laut apabila dijual segar di gerai tepi jalan seawal pagi, sekali gus menjadi buruan ramai kerana isinya yang padat, manis dan berkualiti.

Pemilik Gerai Jalanan Borneo, Mohd Zulfikar Madli berkata, ketam yang dijual merupakan hasil tangkapan tempatan dan bukan import, selain terkenal dengan isi yang tebal, manis serta berkualiti tinggi.

“Ketam ini semuanya ketam lokal dari Kampung Buntal. Kami menawarkan ketam gred A, termasuk ketam bertelur yang segar serta berisi padat,” kata Mohd Zulfikar

KETAM kalok disiram air masin untuk mengekalkan kesegaran dan kualiti.

Menurut Zulfikar, ketam berkenaan dijual dalam pelbagai gred dan saiz termasuk kategori 75 hingga 85, serta gred C dan B, dengan berat sekitar 700 gram mengikut permintaan pelanggan.

“Kami jual mengikut saiz dan harga, ada sekitar 700 gram dengan harga RM45 dan ada juga yang lebih kecil. Pelanggan boleh pilih ikut kemampuan,” jelasnya.

Beliau berkata, bagi memastikan ketam kekal segar dan mengekalkan isi yang padat serta berkualiti, pihaknya menyiram dengan air masin.

POSTER diperbuat daripada kotak dipamer di gerai Ketam Jalanan Borneo.

Tambahnya, lokasi gerai Ketam Jalanan Borneo tidak kekal di satu tempat dan sering berpindah ke kawasan berhampiran lokasi asal bergantung kepada keadaan setempat.

Selain jualan di tepi jalan, beliau berkata bekalan ketam turut dihantar ke restoran makanan laut berdekatan.

ZULFIKAR turut menjual siput laut dikenali sebagai koyong yang turut mendapat permintaan, khususnya dalam kalangan pelancong.

Selain ketam, Zulfikar turut menjual siput laut dikenali sebagai koyong yang turut mendapat permintaan, khususnya dalam kalangan pelancong.

“Siput laut ini ada pelbagai jenis, termasuk siput jantan dan siput sedut. Kami juga jual mengikut permintaan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan yang dikenali sebagai Mama Zubiqa berkata beliau kerap membeli ketam di gerai tersebut kerana rasanya yang manis serta isi yang padat dan padu.

KELIHATAN pelanggan singgah di gerai Ketam Jalanan Borneo.

“Ketam kalok ini manis dan berbeza dengan ketam ternak dalam kolam. Isi memang padat dan segar. Kami sering membeli di sini,” katanya.

Jualan Ketam Jalanan Borneo bermula seawal 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tags: RENCANA

Continue Reading

Previous: Bahagia di tempat kerja bantu atasi kelesuan mental pekerja
Next: Ujian Allah: Rahmat yang membersihkan jiwa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.