Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • “Jika mahu hidup, ikut SOP selepas gigitan” – Stephen Rundi
  • KESIHATAN

“Jika mahu hidup, ikut SOP selepas gigitan” – Stephen Rundi

Utusan Sarawak 13 hours ago
MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (tengah) pada sesi bergambar selepas sidang media sidang Persidangan Rabies di Asia 2026 di bilik media Kompleks DUN, hari ini. Foto Nadya Victoria 

PETRA JAYA: Kematian akibat rabies sebenarnya boleh dicegah sekiranya mangsa gigitan haiwan mendapatkan rawatan segera mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata kebanyakan kematian akibat penyakit berkaitan gigitan haiwan berpunca daripada kelewatan mendapatkan rawatan segera selepas kejadian.

“Gigitan haiwan seperti anjing dan kucing tidak semestinya membawa maut, namun kegagalan mendapatkan rawatan segera selepas kejadian menjadi punca utama kematian akibat penyakit tersebut. Jika mahu hidup, ikut SOP selepas gigitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang Persidangan Rabies di Asia 2026 di bilik media Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini. 

Beliau menjelaskan, rabies masih menjadi isu kesihatan awam yang serius di banyak negara termasuk Malaysia, khususnya di Sarawak dan memerlukan kerjasama menyeluruh pelbagai pihak.

“Pihak berkuasa sahaja tidak mampu melaksanakan usaha ini secara bersendirian. Ia memerlukan kerjasama semua pihak termasuk masyarakat, pemilik haiwan peliharaan serta komuniti akar umbi,” ujarnya. 

MENTERI Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom (tengah) pada sidang media sidang Persidangan Rabies di Asia 2026 di bilik media Kompleks DUN, hari ini. Foto Nadya Victoria 

Stephen turut menekankan kepentingan kesedaran masyarakat, khususnya berkaitan tindakan segera selepas gigitan haiwan sebagai langkah paling kritikal dalam mencegah kematian.

“Masih terdapat kes kematian berlaku kerana mangsa lewat mendapatkan rawatan, sedangkan rawatan awal mampu menyelamatkan nyawa,” tambahnya. 

Dalam pada itu, Persidangan Rabies di Asia 2026 yang akan diadakan dari 29 September hingga 1 Oktober di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) merupakan kesinambungan kepada platform Rabies di Borneo yang kini diperluaskan ke peringkat Asia.

Persidangan tersebut dianjurkan oleh Place Borneo dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVS) serta disokong oleh Business Events Sarawak (BESarawak).

Ia akan menghimpunkan pakar, penyelidik, pembuat dasar, doktor veterinar, pengamal kesihatan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin komuniti dari dalam serta luar negara bagi berkongsi pengalaman dan mencari penyelesaian praktikal dalam menangani rabies.

Kerajaan Sarawak kekal komited untuk mencapai sasaran bebas rabies menjelang 2030 melalui pelaksanaan program vaksinasi haiwan, pengukuhan kawalan penyakit serta kerjasama rentas sempadan dengan Kalimantan.

Oleh Adele Rissa 

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Krisis bekalan tenaga: Harga ubat stabil tahun ini – Dzulkefly

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.