Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Hukuman mati bekas penuntut kolej bunuh, bakar kekasih hamil diganti penjara 40 tahun, 12 sebat
  • MAHKAMAH

Hukuman mati bekas penuntut kolej bunuh, bakar kekasih hamil diganti penjara 40 tahun, 12 sebat

Utusan Sarawak 11 hours ago
TRAGEDI yang menyayat hati, semoga jadi pengajaran tentang nilai sebuah nyawa.

PUTRAJAYA: Bekas penuntut kolej yang mengaku bersalah membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil tiga tahun lepas, terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 40 tahun dan 12 sebatan. 

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Azman Abdullah, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid dan Datuk Seri Mohd Radzi Harun membenarkan rayuan oleh Muhammad Fakrul Aiman Sajali terhadap hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi. 

Semasa menyampaikan keputusan mahkamah, Azman berkata mahkamah mengambil kira usia Muhammad Fakrul sewaktu kejadian dan undang-undang yang memberikan pilihan kepada mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati atau penjara. 

Beliau memerintahkan tempoh pemenjaraan bermula dari tarikh tangkap pada 23 Mei 2023.

Pada 15 Oktober tahun lepas, Mahkamah Tinggi Klang menjatuhkan hukuman mati ke atas Muhammad Fakrul, 23, selepas mengaku bersalah membunuh Nur Anisah Abdul Wahab, 21, di Jalan Sungai Limau antara 8.30 malam 22 Mei dan 8.00 pagi 23 Mei 2023. 

Terdahulu, peguam lelaki itu Muhammad Nor Tamrin menghujahkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi terlalu berat kerana perayu ialah pesalah muda. 

Beliau berkata Mahkamah Tinggi tidak mengambil kira usia Muhammad Fakrul semasa menjatuhkan hukuman, iaitu 20 tahun dan empat bulan semasa dia melakukan kesalahan itu. 

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob bagaimanapun berkata hukuman mati adalah keputusan adil dan wajar serta harus dikekalkan kerana fakta kes mendedahkan kekejaman yang tidak berperikemanusiaan terhadap mangsa.

Beliau berkata walaupun perayu pesalah muda, usianya tidak memberi kesan berbanding keseriusan kes, iaitu si mati ditikam dan ditetak berkali-kali serta serta mayatnya dibakar.

Dalam kes melibatkan pesalah muda, Abdul Malik berkata mahkamah bukan sahaja perlu mempertimbangkan usia pesalah tetapi juga keseriusan kesalahan yang dilakukan dan kepentingan awam berbanding kepentingan peribadi tertuduh.

“Jika seseorang itu tidak terlalu muda untuk melakukan kesalahan serius di bawah undang-undang maka dia tidak terlalu muda untuk menanggung hukuman yang ditetapkan undang-undang,” katanya.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ditikam berkali-kali di dada serta abdomen selain dikelar serta terdapat cubaan untuk mengeluarkan janin tetapi tidak berjaya sebelum mayat dibakar dengan menggunakan petrol. – Bernama

Continue Reading

Previous: Najib berjaya tangguh pembayaran AS$1.3 bilion kepada SRC sementara tunggu rayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.