Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Wabak norovirus di kapal persiaran berlabuh di Bordeaux
  • GLOBAL
  • TEMPATAN

Wabak norovirus di kapal persiaran berlabuh di Bordeaux

Utusan Sarawak 10 hours ago
PENUMPANG berdiri di atas kapal persiaran berdaftar Bahamas, Ambition, selepas mereka dikuarantin susulan penularan penyakit gastrousus di atas kapal itu, di pelabuhan Bordeaux, Bordeaux, barat daya Perancis pada 13 Mei 2026. Foto AFP

PARIS: Wabak jangkitan di atas kapal persiaran “Ambition” yang berlabuh di Bordeaux, barat daya Perancis disahkan sebagai virus gastroenteritis berpunca daripada norovirus, menurut pihak berkuasa wilayah Gironde pada Rabu, lapor Xinhua.

Menurut kenyataan itu, tiada kes serius dilaporkan setakat ini, manakala penumpang dan anak kapal yang tidak bergejala dibenarkan meninggalkan kapal berkenaan.

Kapal “Ambition” yang dikendalikan syarikat British, Ambassador Cruise Line tiba di Bordeaux pada petang Selasa.

Kira-kira 1,700 penumpang dan anak kapal pada mulanya tidak dibenarkan turun selepas seorang penumpang berusia sekitar 90 tahun meninggal dunia di atas kapal itu.

Kematian berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan “penyakit menyerupai gastroenteritis”, susulan gejala pencernaan dalam kalangan kira-kira 80 orang.

Analisis epidemiologi dan biologi yang dijalankan di Hospital Universiti Bordeaux kemudian mengesahkan wabak itu berpunca daripada virus.

Pihak berkuasa memaklumkan individu yang dijangkiti akan terus diasingkan di atas kapal, manakala langkah kuarantin dan kebersihan terus dikuatkuasakan bagi membendung penularan.

Pengendali kapal persiaran itu akan menentukan sama ada pelayaran diteruskan selepas menerima maklumat perubatan lanjut.

Norovirus, yang sangat mudah berjangkit merupakan antara punca lazim gastroenteritis akut dan sering dikaitkan dengan wabak di kawasan tertutup seperti kapal persiaran. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: DUN: Pemilik tanah di Sarawak digalak mohon projek pertanian SLDB 
Next: Xi terima kunjungan Trump di Beijing

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.