Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: Hak tanah NCR di Balingian perlu diberi perhatian serius
  • TEMPATAN

DUN: Hak tanah NCR di Balingian perlu diberi perhatian serius

Utusan Sarawak 8 hours ago
ABDUL Yakub Arbi (GPS-Balingian) ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Balingian memerlukan perhatian serius daripada kerajaan negeri bagi memastikan hak masyarakat tempatan terus terpelihara.

Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) berkata, antara isu utama yang dibangkitkan ialah pertindihan tuntutan tanah antara komuniti tempatan dengan pihak syarikat.

Menurut beliau, terdapat aduan berkaitan aktiviti pembangunan seperti perladangan dan pembalakan yang didakwa dijalankan tanpa rundingan menyeluruh atau persetujuan bebas, awal dan dimaklumkan daripada penduduk tempatan.

“Proses pengukuran dan pengesahan tanah NCR juga masih berjalan perlahan sehingga menyebabkan banyak kawasan kekal tanpa status pemilikan yang jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Kompleks DUN, Petra Jaya, hari ini.

Tambahnya, kelewatan ini membuka ruang kepada pertikaian serta penyalahgunaan tanah.

Beliau berharap kerajaan mengambil tindakan segera, tegas dan menyeluruh bagi memastikan hak masyarakat adat terus dipelihara di samping pembangunan dapat dilaksanakan secara adil dan lestari.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: MBKS jelaskan ketiadaan parkir bermusim di pusat bandar Kuching
Next: DUN: ADUN GPS gesa isu air, elektrik dan jalan luar bandar dipercepat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.