Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Finland klasifikasi penyakit berkaitan virus Andes sebagai ‘risiko kesihatan awam’
  • KESIHATAN

Finland klasifikasi penyakit berkaitan virus Andes sebagai ‘risiko kesihatan awam’

Utusan Sarawak 6 hours ago
Foto hiasan.

ISTANBUL: Finland mengklasifikasikan penyakit berkaitan varian Andes hantavirus sebagai ‘risiko kesihatan awam’ susulan laporan kemungkinan pendedahan kepada virus itu di negara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar awam YLE pada Selasa.

Klasifikasi itu membolehkan pampasan diberikan kepada individu yang diarahkan tidak hadir bekerja selepas kemungkinan terdedah kepada virus berkenaan.

Menteri Keselamatan Sosial Finland Sanni Grahn-Laasonen bagaimanapun berkata, pihak berkuasa menganggap tahap risiko semasa masih terhad.

“Virus itu menimbulkan risiko kesihatan awam yang sangat kecil ketika ini,” katanya.

Keputusan itu dibuat susulan laporan Institut Kesihatan dan Kebajikan Finland bahawa dua individu mungkin terdedah kepada hantavirus ketika menaiki penerbangan bulan lepas.

Setakat ini lima kes disahkan termasuk tiga kematian, menurut pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Saintis mengesahkan wabak itu berpunca daripada varian Andes hantavirus yang jarang berlaku, satu-satunya strain diketahui boleh menular daripada manusia kepada manusia, lazimnya melalui kontak rapat.

WHO memaklumkan dua penumpang yang kemudian meninggal dunia pernah melakukan perjalanan melalui Argentina, Chile dan Uruguay sebelum menaiki kapal persiaran MV Hondius. – Bernama

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Tiada tanda wabak hantavirus di atas MV Hondius meningkat secara ketara – WHO
Next: Perancis kuarantin lapan kontak hantavirus di Paris selepas dihantar pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.