Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • White cedera lutut, terlepas baki musim untuk Arsenal
  • SUKAN

White cedera lutut, terlepas baki musim untuk Arsenal

Utusan Sarawak 5 hours ago

Ben White dibantu keluar padang selepas mengalami kecederaan ketika aksi menentang West Ham United. Foto fail AFP

LONDON: Pertahanan Ben White akan terlepas baki musim ini akibat kecederaan lutut, sekali gus tidak dapat membantu Arsenal dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta final Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain pada 30 Mei ini.

Kelab itu mengesahkan White mengalami kecederaan ligamen medial lutut selepas dikeluarkan pada babak pertama ketika Arsenal menewaskan West Ham United 1-0 Ahad lalu.

Kecederaan pemain berusia 28 tahun itu turut menjejaskan peluangnya untuk beraksi bersama England pada Piala Dunia di Amerika Utara bulan depan.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, mengakui kecederaan itu “tidak kelihatan baik”, manakala kelab mengesahkan White akan terlepas dua aksi terakhir EPL serta final Eropah.

Ketiadaan White memeningkan Arteta di posisi bek kanan, tambahan pula Jurrien Timber turut mengalami kecederaan.

Arsenal kini berada di landasan memburu kejuaraan EPL pertama sejak 2004 apabila mendahului lima mata di depan Manchester City, namun sudah bermain satu perlawanan lebih. – AFP

Continue Reading

Previous: Messi kekal pemain terima gaji tertinggi AS$25 juta
Next: Guardiola kata Man City ‘masih berjuang’ untuk gelaran Liga Perdana

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.