Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Pengendali kapal didakwa ekoran jambatan runtuh di Baltimore
  • GLOBAL

Pengendali kapal didakwa ekoran jambatan runtuh di Baltimore

Utusan Sarawak 4 hours ago
IMEJ udara ini menunjukkan, kapal kontena Dali tersekat di bawah sebahagian struktur Jambatan Francis Scott Key selepas kapal itu melanggar jambatan pada 26 Mac 2024, di Baltimore. Foto fail AFP

BERLIN: Dua syarikat pengendali kapal dan seorang pekerja didakwa berhubung insiden runtuhan jambatan di Baltimore, Amerika Syarikat (AS), dua tahun lepas yang mengorbankan enam nyawa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Jabatan Kehakiman AS pada Selasa memaklumkan antara pertuduhan yang dikenakan ialah konspirasi untuk menipu AS.

Mereka juga didakwa sengaja lewat memaklumkan kejadian itu kepada Pengawal Pantai serta membuat kenyataan palsu.

Pertuduhan itu melibatkan Synergy Marine dari Singapura dan Synergy Maritime dari India, selain seorang lelaki berusia 47 tahun yang bekerja untuk kedua-dua syarikat sebagai pengurus teknikal bagi kapal terbabit.

Pada akhir Mac 2024, kapal kontena Dali merempuh tiang sokongan Jambatan Francis Scott Key sepanjang lebih 2.5 kilometer, menyebabkan jambatan lebuh raya itu runtuh.

Enam pekerja yang sedang menjalankan kerja pembaikan di jambatan berkenaan maut dalam insiden itu.

Kapal terbabit hilang kawalan dalam tempoh beberapa minit selepas mengalami dua kegagalan kuasa.

Sebelum ini, kerajaan AS mencapai penyelesaian sivil hampir AS$102 juta dengan pengendali dan pemilik kapal itu.

Prosiding jenayah kali ini antara lain berkaitan kerugian ekonomi akibat gangguan terhadap trafik perkapalan.

Jabatan Kehakiman menganggarkan kerugian mencecah sekurang-kurangnya AS$5 bilion.

Menurut pertuduhan, defendan menggunakan sistem pam bahan api yang salah.

Sistem pam itu, tidak seperti pam yang sepatutnya digunakan, gagal hidup semula secara automatik selepas kegagalan kuasa pertama.

Pendakwa raya turut mendakwa pengendali menggunakan pam yang sama pada kapal lain.

Menurut pendakwaan, kegagalan kuasa berganda seperti itu juga pernah berlaku sebelum ini.

Beberapa pekerja termasuk defendan didakwa cuba menyembunyikan penggunaan pam berkenaan dan berbohong kepada penyiasat. – Bernama-dpa 

Continue Reading

Previous: United Airlines sambung semula penerbangan terus AS-Venezuela
Next: Jho Low mohon pengampunan Trump

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.