Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Operasi penyelamatan ruang terkurung perlukan kemahiran tinggi
  • Tengah
  • WILAYAH

Operasi penyelamatan ruang terkurung perlukan kemahiran tinggi

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba fokus menjalankan latihan asas pengurusan pengoperasian penyelamatan ruang terkurung. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Pengoperasian penyelamatan ruang terkurung memerlukan tahap kemahiran dan disiplin tinggi dalam kalangan anggota bomba bagi memastikan setiap operasi dapat dilaksanakan dengan selamat dan berkesan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan asas pengurusan pengoperasian penyelamatan ruang terkurung yang diadakan di menara latihan BBP Bintangor bertujuan memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota.

“Latihan dijalankan sekitar 2.30 petang semalam itu melibatkan lima anggota bomba.

“Ia amat penting dalam meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota selain memastikan mereka memahami prosedur operasi penyelamatan dengan lebih berkesan dan selamat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, latihan tersebut memberi pendedahan kepada anggota berkaitan teknik serta prosedur operasi menyelamat di ruang terkurung yang memerlukan kemahiran teknikal dan pematuhan prosedur keselamatan yang tinggi.

“Latihan secara berkala penting bagi memastikan setiap anggota sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan yang mencabar.

“Pengukuhan kemahiran dan kompetensi anggota perlu diteruskan dari semasa ke semasa supaya operasi menyelamat dapat dijalankan dengan lebih cekap dan selamat,” katanya.

Katanya, latihan tersebut juga menjadi sebahagian daripada usaha berterusan BBP Bintangor dalam memperkasakan profesionalisme dan meningkatkan kecekapan anggota bomba.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: 47 peserta sertai Kursus Asas Sukarelawan Pertahanan Awam di Mulu
Next: KCF edisi keempat kembali memeriahkan Kapit bermula 17 hingga 24 Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.