Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • DUN: Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM7.05 juta
  • SUKAN

DUN: Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM7.05 juta

Utusan Sarawak 4 hours ago
DATUK Gerald Rentap Jabu pada persidangan DUN Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini. Foto Nadya Victoria 

PETRA JAYA: Peruntukan berjumlah RM7.05 juta telah diluluskan bagi projek menaik taraf Stadium Negeri Sarawak untuk memastikan kemudahan sukan itu berada pada tahap selamat, moden dan memenuhi piawaian semasa.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi projek berkenaan.

“Skop kerja naik taraf melibatkan penambahbaikan menyeluruh termasuk tempat duduk penonton, pemasangan sistem lampu LED baharu dan skrin LED, naik taraf kaunter tiket serta kerja baik pulih bilik persalinan, tandas dan surau.

“Selain itu, projek ini turut melibatkan peningkatan infrastruktur sedia ada bagi memastikan Stadium Negeri terus relevan sebagai venue utama penganjuran acara sukan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fazzrudin Abdul Rahman (GPS–Tupong) pada persidangan DUN Ke-19 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kemudahan stadium yang lebih moden dan memenuhi piawaian semasa seperti FIFA dan AFC akan menyediakan persekitaran lebih kondusif untuk penganjuran pertandingan bola sepak di pelbagai peringkat.

Katanya, ia termasuk Liga Premier Sarawak yang menjadi platform penting dalam pembangunan pemain tempatan dan kelab komuniti sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

“Pelaksanaan program pembangunan akar umbi seperti Petronas Youth Football Club League (PYFCL) juga dapat diperkasa melalui penggunaan fasiliti lebih berkualiti bagi tujuan latihan, pertandingan dan pembangunan bakat muda secara lebih tersusun,” ujarnya.

Tambah beliau, penglibatan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Kuching City FC (KCFC) turut membantu memperkukuh laluan pembangunan pemain daripada peringkat akar umbi ke tahap profesional sekali gus menyokong pembangunan ekosistem bola sepak yang lebih mampan dan kompetitif di Sarawak.

STADIUM Negeri Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian melalui SSC sentiasa menggalakkan kerjasama strategik antara persatuan sukan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta agensi berkaitan bagi memastikan pembangunan sukan di peringkat sekolah dan akar umbi dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berterusan.

Menurutnya, fokus kerjasama tersebut merangkumi pembangunan jurulatih dalam kalangan guru, pelaksanaan program pengenalpastian bakat merentas pelbagai jenis sukan, penganjuran pertandingan sekolah dan komuniti serta penyelarasan laluan pembangunan atlet secara lebih sistematik.

Oleh Adele Rissa

Continue Reading

Previous: Clare Tan harumkan nama Sibu di Kejohanan Tenis MSSS Peringkat Negeri di Kuching
Next: Messi kekal pemain terima gaji tertinggi AS$25 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.