Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Festival Filem Cannes dibuka, berdepan cabaran AI dan Hollywood
  • HIBURAN

Festival Filem Cannes dibuka, berdepan cabaran AI dan Hollywood

Utusan Sarawak 4 hours ago
JURI PROFESIONAL… Barisan juri iaitu pelakon Ivory Coast Isaach De Bankole, pengarah dan penerbit Korea Selatan Park Chan-Wook, pelakon dan penerbit Ireland-Ethiopia Ruth Negga, pelakon dan penerbit Amerika Syarikat Demi Moore, penulis Britain Paul Laverty, pengarah dan penulis skrin Chile Diego Cespedes serta pengarah dan penulis Belgium Laura Wandel berada di pentas semasa Majlis Pembukaan dan tayangan filem La Venus electrique (The Electric Kiss) sempena Festival Filem Cannes edisi ke-79 di Cannes, selatan Perancis, pada 12 Mei 2026. Foto AFP

PARIS, Perancis: Festival Filem Cannes membuka tirai karpet merah semalam bagi penganjuran tahunannya di Perancis ketika industri perfileman berdepan perubahan pesat yang dipacu kecerdasan buatan (AI), selain ketiadaan penyertaan studio utama Hollywood.

Sebanyak 22 filem bersaing merebut anugerah berprestij Palme d’Or bagi kategori Filem Terbaik, yang dimenangi tahun lalu oleh filem thriller politik Iran, It Was Just an Accident arahan Jafar Panahi.

Namun seperti kebiasaan menjelang festival filem terbesar dunia itu, perbincangan di luar layar lebih mendominasi perhatian, khususnya mengenai cabaran perubahan yang dibawa oleh AI serta keputusan Hollywood untuk tidak menyertai acara tersebut.

PENGARAH Festival Filem Cannes, Thierry Fremaux, Foto BERNAMA

Pengarah Festival Filem Cannes, Thierry Frémaux, menyuarakan pendirian tegas terhadap penggunaan AI serta kesannya kepada industri, yang menyaksikan peningkatan kehilangan pekerjaan dalam kalangan pelakon suara dan penterjemah, manakala penulis skrip dan pelakon bimbang terhadap kelangsungan kerjaya mereka.

“Apa yang pasti… di Cannes, kami bersama para artis, bersama penulis skrip dan semua dalam profesion ini, termasuk pelakon serta pelakon suara,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Beliau turut mencadangkan bahawa pada masa depan, filem mungkin akan dilabel seperti produk makanan organik atau wain, dengan tanda “filem ini dihasilkan tanpa kecerdasan buatan”.

PELAKON Amerika Syarikat, Jane Fonda, berucap di pentas semasa Majlis Pembukaan dan tayangan filem La Venus electrique (The Electric Kiss) sempena Festival Filem Cannes edisi ke-79 di Cannes, selatan Perancis, pada 12 Mei 2026. Foto AFP

Namun begitu, festival tersebut pada Isnin mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian penajaan jangka panjang dengan gergasi media sosial serta pelabur teknologi AI, Meta.

Kembali semula

Festival filem terbesar dunia itu lazimnya menampilkan filem bebas dan arthouse, sambil bergantung kepada Hollywood untuk menarik penonton arus perdana.

Namun tiada studio utama Amerika Syarikat melancarkan filem blockbuster tahun ini, termasuk di Festival Filem Antarabangsa Berlin pada Februari, sekali gus menimbulkan persoalan mengapa gergasi seperti Universal, Disney atau Warner Bros. tidak menyertai acara Eropah.

“Saya benar-benar berharap studio kembali semula,” kata Frémaux, sambil menyatakan ketidakhadiran itu berpunca daripada isu jadual dan ketidaktentuan industri.

PENGARAH, penulis skrin dan penerbit New Zealand, Peter Jackson, menerima Anugerah Kehormat Palme d’Or di pentas semasa Majlis Pembukaan Festival Filem Cannes edisi ke-79 di Cannes, selatan Perancis, pada 12 Mei 2026. Foto AFP

Beliau menegaskan bahawa sinema Amerika masih tetap diwakili, antaranya Paper Tiger arahan James Gray lakonan Adam Driver dan Scarlett Johansson, serta The Man I Love arahan Ira Sachs yang menampilkan Rami Malek menerusi kategori utama.

Tidak ketinggalan, bintang ternama turut memeriahkan karpet merah festival.

Antara tambahan lewat dalam program ialah pertemuan semula barisan pelakon The Fast and the Furious sempena ulang tahun ke-25 filem itu, dengan Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan Jordana Brewster dijadual menghadiri tayangan khas.

Pelakon legenda John Travolta pula akan mencuri perhatian apabila memperkenalkan filem sulung arahannya Propeller One-Way Night Coach, yang berkisarkan perjalanan seorang kanak-kanak dalam “zaman keemasan penerbangan”.

Festival itu dibuka dengan tayangan filem Perancis The Electric Kiss sebelum kategori utama bermula, menampilkan juri yang diketuai pengarah Korea Selatan Park Chan-wook serta pelakon Hollywood Demi Moore dan lain-lain.

“Saya tidak dapat menahan perasaan emosi apabila menyedari bahawa buat pertama kali seorang warga Korea menjadi ketua juri,” kata Park kepada AFP di Cannes pada Isnin.

“Detik itu akhirnya tiba.” – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: 4 dekad Fauziah Latiff: Kembara kejujuran, nostalgia malar segar
Next: Dua Lipa sues Samsung in US over use of her likeness on TV box

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.