Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Padah rogol dan liwat kanak-kanak, lelaki dihukum penjara 20 tahun serta 10 sebatan
  • MAHKAMAH

Padah rogol dan liwat kanak-kanak, lelaki dihukum penjara 20 tahun serta 10 sebatan

Utusan Sarawak 14 hours ago
LELAKI dijatuhi hukuman penjara keseluruhan 20 tahun dan 10 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen Kapit hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan bawah umur. Foto PDRM Kapit

KAPIT: Tindakan keji seorang lelaki yang tergamak merogol dan meliwat kanak-kanak perempuan bawah umur akhirnya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 20 tahun serta 10 sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen Kapit, hari ini.

​Hukuman tersebut diputuskan oleh Hakim Musyiri Peet selepas tertuduh mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. 

Mahkamah menetapkan hukuman bagi setiap pertuduhan dijalankan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapan dibuat.

​Mengikut fakta kes, kedua-dua kejadian hitam itu berlaku pada April 2026 di rumah sewa yang terletak di Pekan Kapit. 

Dalam insiden pertama, tertuduh bertindak merogol mangsa ketika kanak-kanak berkenaan sedang menidurkan adiknya. 

Tidak terhenti di situ, tertuduh sekali lagi melakukan perbuatan meliwat terhadap mangsa di bilik yang sama ketika ibu mangsa sedang berada di dapur.

​Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Cynthia Emelda Jerry, manakala siasatan lengkap dijalankan oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohammad Syafriedhan Yusof.

​Menerusi kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kapit menggesa masyarakat agar sentiasa peka dan memandang serius jenayah seksual terhadap kanak-kanak kerana ia bukan sahaja mencabuli undang-undang, malah meninggalkan kesan trauma yang mendalam kepada masa depan mangsa serta keluarga.

​Hukuman berat ini diharap dapat memberi pengajaran kepada orang awam untuk sentiasa menghormati hak individu serta menjaga maruah sesama insan. 

“Masyarakat turut digesa untuk segera melaporkan sebarang perlakuan mencurigakan kepada pihak polis bagi memastikan persekitaran yang lebih selamat dan bertanggungjawab dapat diwujudkan,” kata kenyataan itu.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tikam 61 kali: Remaja lelaki didakwa bunuh penuntut kolej

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.