Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • DUN lulus RUU pindaan SEDC perkukuh tadbir urus korporat Sarawak
  • SEMASA

DUN lulus RUU pindaan SEDC perkukuh tadbir urus korporat Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) (Pindaan) 2026 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Petra Jaya, hari ini.

PETRA JAYA: Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (Pindaan) 2026 bagi memperkukuh tadbir urus korporat serta memodenkan struktur institusi berkenaan selaras dengan landskap ekonomi semasa negeri.

Kelulusan itu diumumkan Speaker DUN Tan Sri Mohd Asfia Awang Nassar selepas pembentangan RUU oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang dibahaskan 11 ahli Dewan mendapat sokongan majoriti ahli Dewan pada persidangan di DUN hari ini.

Douglas berkata pindaan tersebut mencerminkan inisiatif kerajaan Sarawak untuk memperkukuh institusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) supaya lebih selari dengan amalan industri semasa dan memenuhi keperluan landskap korporat yang semakin berkembang.

Menurut beliau, kerajaan Sarawak turut mendapatkan khidmat Bank Dunia pada 2022 bagi menjalankan kajian terhadap amalan tadbir urus korporat syarikat milik kerajaan negeri termasuk badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Katanya, hasil kajian itu turut membawa kepada kelulusan Kod Tadbir Urus Korporat bagi perusahaan milik kerajaan Sarawak oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

“Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) beraspirasi untuk mentransformasikan PPES sebagai antara perusahaan milik kerajaan negeri terkemuka di Sarawak dengan tadbir urus lebih kukuh, ketelusan lebih tinggi, keuntungan dipertingkat serta visi strategik yang jelas.

“Pendekatan pengurusan yang lebih komersial dan inklusif juga penting dalam meletakkan SEDC sebagai perbadanan bertaraf dunia,” katanya ketika menggulung perbahasan RUU tersebut.

Terdahulu, Douglas ketika membentangkan RUU itu berkata pindaan berkenaan turut melibatkan penjenamaan semula ordinan kepada Ordinan SEDC bagi menyelaras identiti institusi tersebut di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Beliau berkata pindaan itu juga melibatkan penggantian jawatan Pengurus Besar kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) bagi mencerminkan struktur organisasi moden yang kini mengendalikan pelbagai anak syarikat dan kepentingan komersial.

Menurutnya, pindaan itu turut memperluas skop keahlian perbadanan kepada bidang kepakaran lain yang relevan selain memperkukuh fungsi dan kuasa SEDC khususnya berkaitan penubuhan syarikat.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: DUN: SEDC diperkasa selaras aspirasi ekonomi baharu Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.