Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tilawah al-Quran medium perkukuh syiar Islam di Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Tilawah al-Quran medium perkukuh syiar Islam di Saratok

Utusan Sarawak 5 hours ago
MOHAMAD Duri menyempurnakan majlis perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Saratok yang berlangsung di Masjid Al Muhtadin Saratok, kelmarin. Foto ADUN Kalaka

SARATOK: Penganjuran Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Saratok dilihat sebagai platform penting dalam memperkukuh syiar Islam serta menyemai kecintaan masyarakat terhadap kitab suci al-Quran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, program seumpama itu bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat baharu dalam seni bacaan al-Quran, malah mampu membentuk masyarakat yang lebih berilmu dan berakhlak mulia.

Menurut beliau, pertandingan tilawah juga berperanan menggalakkan generasi muda mendekati serta memahami isi kandungan al-Quran dalam kehidupan seharian.

“Penganjuran tilawah ini wajar diteruskan kerana ia mampu memperkukuh ukhuwah dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai lapisan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurnakan majlis perasmian Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Saratok yang berlangsung di Masjid Al Muhtadin Saratok, di sini, kelmarin.

SALAH seorang qari menyertai Tilawah al-Quran Peringkat Daerah Saratok.

Dalam pertandingan tersebut, Muhammad Haziq Hafiy Hassan berjaya dinobatkan sebagai johan kategori Qari, manakala Rosnani Junaidi muncul johan kategori Qariah.

Kedua-dua johan berkenaan akan mewakili Daerah Saratok ke pertandingan Tilawah al-Quran Peringkat Bahagian yang dijadual berlangsung di Debak dalam masa terdekat.

Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada pihak urusetia serta semua individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan pertandingan tersebut pada tahun ini.

Beliau berharap program berteraskan al-Quran seperti itu akan terus diperkasakan pada masa hadapan bagi melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu, berpegang teguh kepada ajaran Islam serta menghayati nilai-nilai murni dalam kehidupan bermasyarakat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Syarikat prihatin sumbang bantuan kepada golongan OKU di Limbang
Next: Olivia Ontai dinobat Kumang Gawai Dayak Saratok 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.