
KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda hampir semua negeri di seluruh negara hingga 5.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia dalam amaran yang dikeluarkan pada 2.05 petang ini memaklumkan cuaca itu melibatkan Kedah (Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta seluruh Johor.
Keadaan yang sama diramal berlaku di Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Mualim); Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang) serta Terengganu (Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman).
Beberapa kawasan di Pahang turut terjejas membabitkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Maran dan Rompin selain Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).
Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka mengalami cuaca sama ialah Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Miri dan Marudi) serta Limbang.
Sementara itu di Sabah, cuaca serupa diramalkan melanda kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan); Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud); Tawau (Tawau dan Kunak) serta Kudat. – Bernama