Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki ditahan positif dadah dalam OP Tapis di Saratok, Kabong
  • JENAYAH

Dua lelaki ditahan positif dadah dalam OP Tapis di Saratok, Kabong

Utusan Sarawak 4 hours ago
DITAHAN… Dua lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan Saratok dan Kabong, semalam. Foto IPD Saratok

SARATOK: Kelincahan dua lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah akhirnya berakhir apabila mereka ditahan dalam satu operasi khas yang dijalankan di sekitar kawasan Saratok dan Kabong, semalam.

​Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie mengesahkan bahawa operasi tersebut dilakukan oleh pasukan Petugas Khas Op Tapis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil daripada maklumat orang awam. 

Operasi yang bermula sekitar 2.00 petang itu diketuai oleh Inspektor Henry dan Sub Inspektor Engelbert.

​Pada serbuan berasingan di lokasi tersebut, pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas dua individu yang berada dalam keadaan mencurigakan. 

Suspek pertama merupakan seorang pemuda berusia 21 tahun yang beralamat dari Niah, manakala suspek kedua adalah seorang lelaki berusia 26 tahun yang berasal dari Kabong.

​Kedua-dua subjek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok bagi menjalani ujian saringan awal air kencing. Hasil ujian makmal mengesahkan kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

​Pihak polis kini sedang melengkapkan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi dua tahun. 

DSP Mathew Manggie turut menegaskan bahawa pihak IPD Saratok akan terus memperkasakan operasi seumpama ini bagi membanteras gejala dadah di peringkat akar umbi.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan bersama dadah di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.