Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Dua lelaki tempatan ditahan bersama dadah di Betong
  • JENAYAH

Dua lelaki tempatan ditahan bersama dadah di Betong

Utusan Sarawak 7 hours ago
DUA lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah ditahan polis dalam satu serbuan di kawasan Betong pada pagi, kelmarin. Foto: IPD Betong

​BETONG: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong berjaya menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di kawasan Betong pada pagi, kelmarin.

​Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, tangkapan yang dilakukan 11.40 pagi itu melibatkan dua suspek lelaki yang masing-masing berusia 29 dan 48 tahun. 

Kedua-dua suspek ditahan atas kesalahan memiliki bahan terlarang tersebut sebelum dibawa ke IPD Betong untuk tindakan lanjut.

​Hasil saringan ujian air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine. 

Selain itu, semakan rekod lampau mendedahkan bahawa kedua-dua lelaki tersebut sememangnya mempunyai sejarah jenayah berkaitan dadah sebelum ini.

​Kes kini sedang disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan. 

Manakala bagi kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta yang sama, suspek boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun.

​DSP Wan Mohamad Ali menegaskan bahawa pihak polis IPD Betong memandang serius sebarang kegiatan dadah dalam kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat. 

Beliau turut menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di daerah ini dengan menghubungi Balai Polis Betong di talian 083-472345 bagi membantu usaha pembanterasan jenayah tersebut.

Oleh Adi Safarman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Rakit keselamatan tamat tempoh bawa padah, vesel tunda dan tongkang ditahan Maritim
Next: Dua lelaki ditahan positif dadah dalam OP Tapis di Saratok, Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.