Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga 3.00 petang ini

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri hingga 3.00 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran pada 12 tengah hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah iaitu Langkawi, Sik dan Baling; Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).

Cuaca sama juga dijangka melanda Jeli di Kelantan; Cameron Highlands di Pahang; Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka terjejas ialah Miri, manakala di Sabah melibatkan Nabawan di Pedalaman; Pantai Barat (Kota Kinabalu dan Tuaran) serta Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna).- Bernama

Memahami 22 Julai 1963

MINGGU lalu, Sarawak telah meraikan satu peristiwa yang penuh bersejarah, iaitu Hari Sarawak. Sambutan Hari Sarawak menjadi lebih bermakna dengan

MimiFly ke Indonesia demi Bayan

KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Bayan dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM), penyanyi MimiFly sanggup ke Indonesia bagi