Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Tikam 61 kali: Remaja lelaki didakwa bunuh penuntut kolej
  • MAHKAMAH

Tikam 61 kali: Remaja lelaki didakwa bunuh penuntut kolej

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG pemuda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut kolej wanita, kira-kira dua minggu lepas. Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Foto BERNAMA

KOTA BHARU: Seorang pemuda didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penuntut kolej wanita, kira-kira dua minggu lepas.

Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Lelaki itu didakwa membunuh Nurfisya Zulkifly, 19, di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh di sini antara 11.40 malam, 30 April hingga 12.20 tengah malam, 1 Mei.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan Wan Azimah Yaacob bersama-sama Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri, manakala Muhammad Hazim diwakili peguam Mohd Alias Ibrahim.

Mahkamah menetapkan 2 Julai, untuk sebutan semula kes bagi pengurusan dokumen dan laporan forensik.

Pada 1 Mei, mayat penuntut kolej itu ditemukan di jalan berhampiran kawasan sawah Kampung Simah dan dipercayai dibunuh di lokasi lain, sebelum dibuang di kawasan berkenaan.

Susulan kejadian itu, polis menahan empat individu berusia antara 19 hingga 66 tahun bagi membantu siasatan, namun dua warga emas termasuk seorang wanita telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas direman tiga hari. – Bernama

Continue Reading

Previous: Pendakwaan mohon lucut hak harta isteri bekas Panglima Tentera Darat, adik ipar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.