Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • IPD Meradong laksana operasi bersepadu cegah jenayah
  • Tengah
  • WILAYAH

IPD Meradong laksana operasi bersepadu cegah jenayah

Utusan Sarawak 6 hours ago
PIHAK polis menjalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah pada semalam. Foto IPD Meradong

BINTANGOR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong telah melaksanakan operasi bersepadu pencegahan jenayah selama sembilan jam melibatkan rondaan, pemeriksaan mengejut dan sekatan jalan raya di beberapa lokasi tumpuan jenayah sekitar daerah ini, semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, operasi yang bermula dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang tersebut dijalankan bagi meningkatkan kehadiran polis serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

“Operasi ini diketuai oleh Inspektor Mohd Salman Zulfitri Sheekandar sebagai pegawai medan dan Inspektor Norfadilah Zainal sebagai penolong pegawai medan.

“Operasi melibatkan kekuatan seramai 16 pegawai dan anggota, dengan tumpuan rondaan, pemeriksaan mengejut dan sekatan jalan raya di kawasan tumpuan jenayah sekitar Meradong termasuk Jalan Kelupu, Jalan KJD, Jalan Bakong, Jalan Kilang, kawasan taman perumahan serta laluan masuk ke Bintangor,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

PIHAK polis menjalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah pada semalam. Foto IPD Meradong

Katanya, sepanjang operasi tersebut seramai 85 individu telah diperiksa melibatkan 55 lelaki dan 30 wanita.

“Sebanyak 78 kenderaan turut diperiksa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan mengesan sebarang aktiviti jenayah. Hasil pemeriksaan, sebanyak enam saman trafik telah dikeluarkan.

“Tiada tangkapan atau rampasan direkodkan sepanjang operasi dijalankan.

“Operasi ini bertujuan meningkatkan kehadiran polis, mencegah jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Meradong,” katanya.

Tansli turut menegaskan bahawa pihaknya akan terus mempergiat operasi tersebut dari semasa ke semasa sebagai langkah proaktif membanteras jenayah dan memberi keyakinan kepada masyarakat terhadap tahap keselamatan di kawasan Meradong.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa projek tebatan banjir di Jalan Mendu dipercepat susulan kelewatan
Next: Kerja pemuliharaan Sungai Kijang dan Sungai Tulai siap dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.