Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor laksana kajian kawasan tingkat kesiapsiagaan operasi
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor laksana kajian kawasan tingkat kesiapsiagaan operasi

Utusan Sarawak 4 hours ago
PIHAK bomba menjalankan kajian kawasan pada semalam. Foto BBP Bintangoriagaan operasi

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor telah melaksanakan kajian kawasan di Sungai Sian dan Julau pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, ia adalah bagi memperkukuh tahap kesiapsiagaan operasi serta memastikan tindakan kecemasan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

“Pelaksanaan kajian kawasan ini penting bagi membantu pihak bomba memperoleh maklumat lengkap sesuatu kawasan termasuk aspek kepadatan penduduk, sumber air dan risiko yang terdapat di lokasi tersebut.

“Kajian kawasan merupakan antara prosedur penting dalam memastikan pasukan bomba lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk kebakaran dan bencana lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, maklumat yang dikumpulkan akan membantu pasukan bomba merancang strategi operasi yang lebih efektif sekiranya berlaku kecemasan di kawasan tersebut.

“Antara aspek yang diberi perhatian termasuk laluan masuk ke kawasan, kedudukan sumber air, jarak lokasi dan tahap risiko yang mungkin dihadapi penduduk setempat.

“Maklumat yang diperoleh menerusi kajian ini amat penting bagi memastikan tindakan operasi dapat dilaksanakan dengan pantas dan teratur,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa pihak bomba sentiasa komited memperkukuh tahap kesiapsiagaan anggota bomba demi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kepentingan kewujudan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia di Long Bedian
Next: KSR Binda anjur Kempen Derma Darah 14 Mei ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.