Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • DUN: ART, AirBorneo perkukuh jaringan pengangkutan Sarawak
  • TEMPATAN

DUN: ART, AirBorneo perkukuh jaringan pengangkutan Sarawak

Utusan Sarawak 7 hours ago
AIRBORNEO Holdings Sdn Bhd (AirBorneo).

PETRA JAYA: Sarawak terus memperkukuh pembangunan infrastruktur pengangkutan darat dan udara menerusi pelaksanaan Sistem Aliran Transit Automasi (ART) serta penubuhan syarikat penerbangan milik negeri, AirBorneo Holdings Sdn Bhd (AirBorneo).

Yang di-Pertua Negeri, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ekosistem pengangkutan moden dan cekap amat penting dalam memperkasa pembangunan negeri serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Katanya, pelaksanaan ART merupakan langkah strategik kerajaan Sarawak dalam mentransformasikan sistem pengangkutan bandar yang lebih moden, cekap dan lestari.

SISTEM Aliran Transit Automasi (ART)

Katanya, penggunaan teknologi hidrogen dalam sistem pengangkutan itu turut mencerminkan komitmen Sarawak terhadap agenda tenaga bersih dan pengangkutan hijau.

“Pelaksanaan ART merupakan langkah strategik dalam mentransformasikan sistem pengangkutan bandar yang lebih moden, cekap dan lestari melalui penggunaan teknologi hidrogen,” katanya berucap merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata penubuhan syarikat penerbangan milik Sarawak, AirBorneo, juga menjadi langkah signifikan dalam memperkukuh hubungan udara domestik dan serantau.

Beliau berharap AirBorneo mampu meningkatkan aksesibiliti penerbangan ke Sarawak termasuk ke kawasan pedalaman negeri ini.

Menurutnya, usaha tersebut bukan sahaja dapat merangsang sektor pelancongan dari luar dan ke pedalaman Sarawak, malah berpotensi menstabilkan kos penerbangan ke negeri ini.

Tambah beliau, langkah itu penting supaya perkhidmatan penerbangan ke Sarawak tidak lagi terlalu tertakluk kepada masa dan kepentingan syarikat penerbangan sedia ada.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: DUN: TYT mahu pembangunan luar bandar diperkasa termasuk internet, ekonomi rakyat
Next: Perpaduan masyarakat pelbagai kaum terus diperkasa sempena sambutan Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.