Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Pembangunan inklusif GPS kukuhkan perpaduan, masa depan Sarawak
  • TEMPATAN

Pembangunan inklusif GPS kukuhkan perpaduan, masa depan Sarawak

Utusan Sarawak 9 hours ago
RASMI…Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah memukul gong simbolik merasmikan penutupan  Minggu Perpaduan 2026, hari ini.

MIRI: Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Premier Sarawak terus memperkukuh kedudukan negeri ini sebagai wilayah berdaya maju di peringkat serantau dan global menerusi pelaksanaan pembangunan inklusif, transformasi digital serta pelbagai inisiatif berimpak tinggi untuk seluruh rakyat.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, di bawah pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hala tuju pembangunan negeri yang diterjemahkan melalui Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) bukan sekadar memberi fokus kepada pertumbuhan ekonomi, malah menitikberatkan perpaduan, kesejahteraan sosial dan peluang saksama untuk semua rakyat Sarawak.

SELAMAT DATANG...Kehadiran Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah bersama tetamu kehormat yang lain  disambut dengan persembahan salah satu warisan seni mempertahankan diri.

Menurut beliau, pendekatan inklusif kerajaan Gabungkan Parti Sarawak( GPS) memastikan pembangunan bukan hanya tertumpu di bandar, sebaliknya turut merangkumi kawasan luar bandar agar manfaatnya dapat dinikmati secara menyeluruh.

“Setiap rakyat Sarawak, tanpa mengira kaum, agama atau lokasi, diberi perhatian dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri.

“Kerajaan kita memastikan tiada yang tercicir, sama ada di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutupan  Minggu Perpaduan 2026, hari ini.

Fatimah berkata, antara contoh jelas komitmen kerajaan negeri dalam memupuk perpaduan ialah melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) yang menyediakan bantuan kepada rumah ibadat agama selain Islam untuk pembinaan, penyelenggaraan dan aktiviti keagamaan.

Katanya, inisiatif itu membuktikan bahawa semua agama di Sarawak dihormati dan diberi layanan adil oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pelaksanaan pendidikan tinggi percuma di institusi milik kerajaan negeri sebagai antara langkah berimpak tinggi dalam memperkasakan anak Sarawak.

“Melalui pendidikan percuma di institusi seperti Curtin, UTS, Swinburne dan iCATS, anak Sarawak yang layak kini mempunyai peluang lebih luas untuk melanjutkan pengajian tanpa dibebani kos tinggi.

“Ini adalah pelaburan besar untuk masa depan generasi muda dan pembangunan negeri,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak juga terus komited menyediakan pelbagai bantuan sosial dari peringkat kelahiran hingga ke usia emas, termasuk dana kelahiran anak Sarawak, bantuan ibu bersalin dan bantuan kebajikan lain.

Menurutnya, gabungan pembangunan ekonomi, sosial, pendidikan dan perpaduan ini menjadi asas kukuh dalam memastikan Sarawak terus maju sebagai negeri yang stabil, progresif dan bersatu padu.

“Pendekatan kerajaan GPS jelas menunjukkan pembangunan Sarawak bukan untuk golongan tertentu sahaja, tetapi untuk semua rakyat.

“Inilah yang menjadikan Sarawak sebuah negeri yang unik, harmoni dan diyakini mampu mencapai masa depan lebih gemilang,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Capaian internet di Asajaya terus jadi keluhan penduduk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.