Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat saman dikeluarkan dalam Operasi Pematuhan trafik di Lubok Antu
  • Selatan
  • WILAYAH

Empat saman dikeluarkan dalam Operasi Pematuhan trafik di Lubok Antu

Utusan Sarawak 8 hours ago
OPERASI Pematuhan yang dijalankan oleh BSPTD IPD Lubok Antu di sekitar daerah itu, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu mengeluarkan empat saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam Operasi Pematuhan yang dijalankan di daerah itu petang semalam.

Operasi tersebut melibatkan empat anggota BSPTD yang melaksanakan rondaan menerusi kaedah snap check, Ronda Cegah Kemalangan serta Op Lancar hujung minggu bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak 27 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa manakala 31 individu turut menjalani pemeriksaan oleh pihak polis.

OPERASI Pematuhan yang dijalankan oleh BSPTD IPD Lubok Antu di sekitar daerah itu, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan sebagai langkah pencegahan bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya selain mengurangkan risiko kemalangan di kawasan sekitar Lubok Antu.

Ketua Polis Daerah Lubok Antu, DSP Pricha Azin berkata, operasi seumpama itu akan diteruskan dari semasa ke semasa terutama pada hujung minggu dan musim perayaan.

OPERASI Pematuhan yang dijalankan oleh BSPTD IPD Lubok Antu di sekitar daerah itu, petang semalam. Foto: IPD Lubok Antu

Menurut beliau, pemantauan berterusan penting bagi memastikan tahap pematuhan pengguna jalan raya sentiasa berada pada tahap memuaskan serta mengesan lebih awal sebarang kesalahan lalu lintas.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya, mengamalkan pemanduan berhemah dan mengutamakan keselamatan diri sendiri serta pengguna jalan raya lain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Hari Ibu bawa rezeki buat penjual bunga tepi jalan
Next: Pertandingan mewarna, warnai sambutan Hari Ibu di Bintulu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.