Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Bekas pembantu khas Ahli Parlimen antara tiga individu akan didakwa esok – SPRM
  • NASIONAL

Bekas pembantu khas Ahli Parlimen antara tiga individu akan didakwa esok – SPRM

Utusan Sarawak 9 hours ago
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa seorang bekas pembantu khas Ahli Parlimen di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, esok.

SPRM dalam jemputan medianya memaklumkan lelaki berkenaan akan didakwa pada 8.30 pagi di mahkamah berkenaan.

Pada Mac tahun lepas,  SPRM memaklumkan pihaknya menahan reman bekas pembantu khas Ahli Parlimen itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 November 2024.

SPRM turut memaklumkan seorang pakar pelaburan dan kewangan Islam bergelar Tan Sri antara dua pengarah syarikat yang dijangka turut didakwa di mahkamah sama, esok.

Lelaki bergelar Tan Sri itu dan seorang lagi individu akan didakwa pagi esok.

Pada Januari lepas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang disyaki menipu wang pelabur membabitkan kerugian lebih RM300 juta sejak dua tahun lepas.

Beliau berkata seorang wanita yang juga ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan yang berpangkalan di Kuala Lumpur turut ditahan bagi membantu siasatan kes sama. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kerajaan teliti cadangan semak semula subsidi petrol golongan berpendapatan tinggi – PM Anwar
Next: Empat dekad perangi rasuah, Azam Baki tegaskan kepimpinan perlu berani buat keputusan sukar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.