Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Komuniti MADANI komited bawa pembangunan ke tebing barat Sibu
  • Tengah
  • WILAYAH

Komuniti MADANI komited bawa pembangunan ke tebing barat Sibu

Utusan Sarawak 10 hours ago
UNTUK KENANGAN….Ding merakam kenangan pada majlis makan malam anjuran Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chiew di Kedai Kopi Poi Ying, kawasan Lebaan, malam tadi. Turut kelihatan ialah Kevin (duduk barisan depan, empat kanan) serta yang lain.

SIBU: Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chiew komited untuk terus memperjuangkan pembangunan di kawasan tebing barat Sibu termasuk menangani isu bekalan air dan meningkatkan infrastruktur demi kesejahteraan penduduk setempat.

Ketua Penasihatnya, Kevin Lau Kor Jie berkata, kawasan tebing barat Sibu sebelum ini telah lama berdepan masalah bekalan air, namun keadaan kini semakin baik selepas pelaksanaan Loji Rawatan Air Sungai Sadit.

Menurutnya, kebanyakan masalah bekalan dan tekanan air rendah di kawasan tersebut berjaya diatasi hasil kerjasama pelbagai pihak serta kestabilan politik dan pentadbiran kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak kini dapat memberi tumpuan kepada usaha menyelesaikan masalah rakyat, memacu pembangunan serta memperkukuh negeri ini untuk mendapatkan lebih banyak sumber,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis makan malam anjuran Komuniti MADANI Datuk Robert Lau Hoi Chiew di Kedai Kopi Poi Ying, kawasan Lebaan, malam tadi.

Katanya, Kerajaan Sarawak menggunakan dana dan sumber sendiri untuk memperbaiki infrastruktur asas termasuk melaksanakan projek jangka panjang seperti naik taraf Loji Rawatan Air Salim.

“Kita tidak boleh terus bergantung sepenuhnya kepada peruntukan kerajaan Persekutuan. Apabila Sarawak semakin kukuh, kita akan mempunyai keupayaan untuk mendapatkan sumber sendiri bagi meningkatkan infrastruktur dan menyelesaikan masalah rakyat,” katanya.

Lau berkata, pasukan khidmatnya akan terus bekerjasama rapat dengan penduduk bagi memastikan kawasan tebing barat turut menikmati arus pembangunan keseluruhan Sibu.

Katanya, usaha itu bukan sahaja mampu meningkatkan taraf hidup masyarakat, malah membantu merangsang pertumbuhan ekonomi setempat.

“Kita harus mencontohi kepimpinan Datuk Ding Kuong Hiing dan meneruskan usaha dengan penuh tanggungjawab demi masa depan yang lebih baik untuk semua,” ujarnya lagi.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada penduduk atas sokongan dan kerjasama berterusan terhadap pasukannya.

“Kami akan terus bekerjasama dengan semua agensi kerajaan bagi menyelesaikan isu rakyat. Sambutan menggalakkan daripada penduduk dalam program komuniti juga menjadi motivasi kepada kami untuk terus mendekati masyarakat,” katanya lagi.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Balai raya baharu Kampung Bahagia Jaya Teku lengkap kemudahan komuniti
Next: Hari Ibu bawa rezeki buat penjual bunga tepi jalan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.