Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Ops Tiris 4.0: 556 kes direkod, nilai rampasan lebih 23.1 juta
  • NASIONAL

Ops Tiris 4.0: 556 kes direkod, nilai rampasan lebih 23.1 juta

Utusan Sarawak 12 hours ago
KETUA Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam ketika sidang media pada Sambutan Hari Penguat Kuasa KPDN ke-54 Peringkat Negeri Terengganu di Pangkalan Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan Wakaf Tapai, hari ini.

MARANG: Sebanyak 42,894 pemeriksaan telah dijalankan dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) yang bermula 16 Mac 2026 sehingga semalam dengan 556 kes direkodkan melibatkan barangan kawalan seperti diesel, petrol dan gas petroleum cecair (LPG).

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata daripada jumlah itu, sebanyak 161 individu telah ditahan, manakala nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM23,172,355.91.

Beliau berkata daripada keseluruhan kes yang direkodkan, penyelewengan melibatkan bahan api diesel mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 249 kes, diikuti petrol dengan 119 kes.

“Secara keseluruhan negeri yang paling banyak mencatatkan kes berkaitan diesel ialah Sarawak, diikuti Sabah dan Johor. Bagi petrol pula, Kelantan merekodkan jumlah kes tertinggi, diikuti Sabah.

“Sementara itu, Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi dan diikuti Kedah bagi LPG. Keadaan itu menunjukkan bahawa Sabah antara negeri paling kerap mencatatkan rekod kes tertinggi,” katanya selepas Sambutan Hari Penguat Kuasa ke-54 Peringkat KPDN Negeri Terengganu, di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, KPDN menjalinkan kerjasama rapat dengan kementerian dan agensi lain, di samping menyelaraskan perkongsian maklumat risikan antara semua pihak terlibat bagi memastikan isu berkaitan dapat ditangani dengan lebih berkesan pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, Azman berkata operasi itu membuktikan keberkesanan kerjasama strategik antara agensi dengan KPDN menerajui sektor daratan, manakala Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mengemudi sektor sempadan serta perairan.

Beliau berkata sepanjang pelaksanaan Ops Tiris 4.0, sebanyak 242 kes serahan telah direkodkan oleh pelbagai agensi penguat kuasa daripada keseluruhan 556 kes yang direkodkan.

Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatatkan jumlah serahan tertinggi, iaitu 132 kes, diikuti Pasukan Polis Marin (PPM) dengan 67 kes dan PDRM sebanyak 33 kes.

Selain itu, KPDN Terengganu terus menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam mengawal selia pasaran tempatan, dengan sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) hingga 9 Mei 2026, sebanyak 1,433 pemeriksaan dilaksanakan melibatkan 11 tindakan kes direkodkan.

“Daripada jumlah kes itu, komoditi diesel mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu sebanyak empat kes, diikuti LPG sebanyak tiga kes, manakala minyak masak dan gula masing-masing merekodkan dua kes. Operasi berkenaan turut melibatkan rampasan keseluruhan bernilai RM211,341.10,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Individu disekat akaun, kandungan media sosial diturunkan disaran buat tribunal rayuan
Next: 47,000 pasangan dijangka terima manfaat program bantuan kesuburan LPPKN

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.