Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Balai raya baharu Kampung Bahagia Jaya Teku lengkap kemudahan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

Balai raya baharu Kampung Bahagia Jaya Teku lengkap kemudahan komuniti

Utusan Sarawak 10 hours ago
 DATUK Dr Annuar Rapaee (tengah) menyaksikan penyerahan projek siap Balai Raya JKKK Kampung Bahagia Jaya Teku.

SIBU: Penduduk Kampung Bahagia Jaya Teku kini memiliki sebuah balai raya baharu yang siap dibina menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bernilai RM300,000.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, kemudahan itu diwujudkan bagi menyediakan ruang lebih kondusif untuk pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, balai raya tersebut dilengkapi dengan ruang utama, bilik mesyuarat, bilik JKKK serta pantri bagi memenuhi keperluan penduduk setempat.

“Selain itu, saya juga bercadang menambah beberapa kemudahan lain seperti kerusi, meja, sistem audio dan penghawa dingin dengan anggaran kos sekitar RM100,000,” katanya kepada pemberita.

DATUK Dr Annuar Rapaee (enam kanan) bersama penduduk kampung bergambar di hadapan bangunan balai raya yang siap dibina.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, pembangunan kemudahan di kampung berkenaan akan diteruskan secara berperingkat tertakluk kepada kelulusan peruntukan RTP bagi 2026 dan 2027.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pembinaan kemudahan bilik JKK di kawasan rumah panjang dalam DUN Nangka turut diberi perhatian.

“Ada rumah panjang yang telah mempunyai bilik JKK dan kita menyasarkan lebih banyak pembinaan dapat dilaksanakan menjelang 2026,” ujarnya.

Terdahulu, beliau menyaksikan penyerahan projek siap balai raya tersebut oleh Jurutera Eksekutif (Projek Kecil) Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sibu, Yusmin Yaakub kepada Penghulu Kampung Bahagia Jaya Teku, Mirza Mohamad.

Oleh Tarani Lanting

Continue Reading

Previous: Program komuniti dekatkan mahasiswa dengan masyarakat desa
Next: Komuniti MADANI komited bawa pembangunan ke tebing barat Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.