Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Ik Pahon kekal Presiden DBNA tanpa bertanding
  • TEMPATAN

Ik Pahon kekal Presiden DBNA tanpa bertanding

Utusan Sarawak 10 hours ago
DATUK Ik Pahon Joyik (tengah, barisan hadapan) bergambar bersama ahli jawatankuasa eksekutif baharu DBNA selepas Perhimpunan Agung Tiga Tahun (TGA) Ke-11 di Dewan Serbaguna DBNA, Kuching.

KUCHING: Datuk Ik Pahon Joyik sekali lagi diberi mandat menerajui Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) apabila kekal sebagai presiden tanpa bertanding pada Perhimpunan Agung Tiga Tahun (TGA) Ke-11 persatuan itu di sini semalam.

Menurut kenyataan DBNA, pemilihan semula itu menyaksikan Ik Pahon memulakan penggal kelapan berturut-turut sejak mula menerajui persatuan tersebut pada 2004.

Turut menang tanpa bertanding ialah setiausaha agung Jubilant Austinway dan bendahari agung Shirley Kho Kim Hai, manakala Dr Charlie Ungang berjaya mempertahankan jawatan timbalan presiden.

Bagi jawatan naib presiden, tiga calon yang berjaya dipilih ialah Associate Professor Dr Kismet Hong Ping, Bronnie Marshall Benedict Poris dan Joseph Jindy Peter Rosen.

Tambah kenyataan itu, Senorita Senong dipilih sebagai penolong setiausaha agung manakala Esther Mathew Mapi memenangi jawatan penolong bendahari agung.

Jawatan Pegawai Kebudayaan pula dimenangi Richard Banter sementara Aden Nagrace dipilih tanpa bertanding sebagai Pegawai Penerangan.

Bagi jawatan ahli jawatankuasa biasa, lapan individu yang dipilih ialah Datuk Dr Adrian Susin Ambud, Simon Ilus, Datuk Lester Matthew, John Riba Marin, Dr Les Met, Dr Bernard Stephen Jussem, Thomas Daling dan Major Kencha Dewok.

Pada akhir persidangan, Datuk Ik Pahon merakamkan penghargaan kepada para perwakilan dan pemerhati atas kelancaran perjalanan TGA tersebut. 

Beliau turut berterima kasih kepada ahli atas kepercayaan dan keyakinan berterusan terhadap kepimpinan DBNA untuk terus menerajui persatuan.

TGA berkenaan turut menzahirkan komitmen DBNA dalam memperkukuh kepimpinan, memupuk perpaduan serta memperjuangkan kepentingan masyarakat Bidayuh melalui gabungan pengalaman dan penyertaan pemimpin baharu.

Majlis perasmian TGA tersebut telah disempurnakan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Sri Roland Sagah Wee Inn pada majlis makan malam alu-aluan di Dewan Serbaguna DBNA semalam.

Continue Reading

Previous: Pembinaan Jambatan Marina bermula bulan ini, dijangka siap Mei 2029

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.