Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Robot AI kalahkan pemain ping pong mahir
  • TEKNOLOGI

Robot AI kalahkan pemain ping pong mahir

Utusan Sarawak 4 hours ago
ROBOT AI ciptaan Sony buktikan kehebatan apabila berjaya menewaskan pemain ping pong mahir. Foto AGENSI

TOKYO: Pasukan penyelidik Sony Group Corp khususnya daripada unit kecerdasan buatan (AI) baru-baru ini membangunkan robot berkuasa AI yang mampu bersaing dan menewaskan pemain ping pong manusia yang mahir, lapor Kyodo News.

Walaupun masih tidak dapat mengalahkan atlet profesional, robot autonomi Ace, yang dibangunkan oleh Sony AI Inc., menunjukkan tahap prestasi tinggi termasuk keupayaan mengendalikan bola berputar, menurut artikel yang diterbitkan dalam edisi 22 April jurnal saintifik British Nature.

Ace dilengkapi lengan lapan sendi dan menggunakan sejumlah kamera yang diletakkan di sekeliling meja untuk menjejaki pergerakan kelajuan tinggi bola, dengan tindakannya dikawal oleh AI.

“Selama lebih 40 tahun, pakar robot telah mengejar cabaran klasik: cara membina mesin yang boleh berganding bahu dengan manusia. Dan bukan itu sahaja, yang mampu melihat, bertindak balas dan mengembalikan kelajuan dan putaran tenis meja peringkat elit,” menurut Sony AI pada laman webnya. “Ace menyahut cabaran ini.”

Perlawanan menentang pemain manusia dijalankan mengikut peraturan Persekutuan Ping Pong Antarabangsa.

Ace bermain menentang lima pemain elit, kesemuanya dengan lebih 10 tahun pengalaman ping pong kompetitif dan mengalahkan tiga daripada mereka.

Ia tewas kepada dua pemain profesional aktif dalam permainan lima terbaik walaupun memenangi satu daripada tujuh perlawanan yang dijalankan.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Pelajar SMK Sacred Heart cipta tong pintar AI, berpotensi jadi projek perintis di Pasar Sentral Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.