Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Padah pecah rumah dan lupus harta curi, pemuda hadapi enam pertuduhan di Bau
  • MAHKAMAH

Padah pecah rumah dan lupus harta curi, pemuda hadapi enam pertuduhan di Bau

Utusan Sarawak 9 hours ago
PEMUDA berusia 23 tahun hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Bau atas enam pertuduhan jenayah melibatkan kes pecah rumah dan melupuskan harta curi. Foto Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak

BAU: Pemuda berusia 23 tahun kini berdepan hukuman berat selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas enam pertuduhan jenayah melibatkan kes pecah rumah dan melupuskan harta curi.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak, tertuduh berdepan dua pertuduhan pecah rumah serta empat pertuduhan melupuskan harta curi yang dipercayai dilakukan sepanjang April lalu.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa melakukan kegiatan pecah rumah di dua lokasi berasingan sekitar Daerah Bau sehingga menyebabkan kerugian kepada mangsa yang terlibat.

Susulan kejadian tersebut, pihak polis menjalankan siasatan terperinci sebelum berjaya menahan suspek bagi membantu siasatan berkaitan beberapa siri jenayah yang dipercayai dilakukan dalam tempoh berkenaan.

Bagi pertuduhan pecah rumah, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Kesalahan tersebut melibatkan niat mencuri, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun bagi setiap pertuduhan yang dihadapinya.

Selain itu, tertuduh turut berdepan empat pertuduhan di bawah Seksyen 414 Kanun Keseksaan kerana didakwa melupuskan harta curi di sebuah syarikat kitar semula di Jalan Batu Kawa-Matang, Kuching bagi mengelakkan kegiatan tersebut dikesan pihak berkuasa.

Bagi kesalahan melupuskan harta curi, undang-undang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kelas 2 Bau, Danny Ngumbang Engkujang, namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh. 

Mahkamah menawarkan jaminan RM6,000 bagi setiap pertuduhan, namun tertuduh gagal membayarnya dan diarahkan ditahan di Penjara Puncak Borneo sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 Mei depan.

Oleh Adi Safarman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Jurulatih kadet bomba didakwa lakukan amang seksual, miliki gambar pornografi kanak-kanak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.