Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Warga emas dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Sungai Ridan
  • KEMALANGAN

Warga emas dipercayai dibaham buaya ketika memancing di Sungai Ridan

Utusan Sarawak 3 hours ago
DITEMUI… Anggota bomba dan pasukan penyelamat mengangkat sebahagian anggota badan mangsa warga emas yang ditemukan di Sungai Ridan, Marudi dalam operasi SAR hari kedua selepas dilaporkan hilang ketika memancing, semalam. Foto BBP Marudi

MARUDI: Seorang warga emas yang dilaporkan hilang ketika memancing di Sungai Ridan, di sini, ditemukan maut dalam keadaan mengerikan dengan sebahagian anggota badannya dipercayai dibaham buaya, hari ini.

Mangsa, Liew Mei Koon, 64, ditemukan pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas dilaporkan hilang sejak petang semalam.

Menurut jurucakap, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak,, penemuan mangsa berlaku kira-kira 10.52 pagi apabila pasukan SAR menemukan dua kaki, satu kepala dan satu tangan mangsa di sungai berkenaan.

Sebelum kejadian mangsa dipercayai pergi memancing seorang diri di bawah jambatan Sungai Ridan.

Kehilangannya disedari selepas motosikal, pakaian serta peralatan memancing miliknya ditemui ditinggalkan di tepi sungai oleh penduduk kampung.

Adik mangsa kemudian membuat laporan kecemasan sebelum operasi SAR digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi.

“Operasi hari kedua bermula 10.20 pagi menggunakan satu bot bomba, satu bot Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu bot Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bot orang awam dengan radius pencarian awal sejauh dua kilometer.

“Operasi kemudian diperluaskan sehingga lapan kilometer bagi mencari sisa anggota badan mangsa yang masih belum dijumpai,” menurut kenyataan itu.

Operasi turut berdepan kesukaran apabila bot aluminium bomba sukar diturunkan ke lokasi berikutan keadaan tebing sungai, menyebabkan bantuan kren diperlukan.

Seramai lima anggota bomba diketuai PBK II (TBK I) Kebing Ngau bersama PBK I Nasir Razaki terbabit dalam operasi berkenaan dengan bantuan polis dan penduduk kampung.

Mangsa dipercayai diserang buaya berdasarkan keadaan mayat yang ditemukan tidak sempurna.

Setakat ini, operasi SAR masih diteruskan bagi mengesan baki anggota badan mangsa.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Empat sekeluarga cedera ringan selepas kereta terbabas di Lebuh Raya Pan Borneo

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.