Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Lebih 600 jemaah tawar diri jadi sahabat maktab
  • NASIONAL

Lebih 600 jemaah tawar diri jadi sahabat maktab

Utusan Sarawak 7 hours ago
SEMANGAT luar biasa jemaah Malaysia apabila lebih 600 tampil sukarela bantu kelancaran operasi haji di Makkah.

MAKKAH: Bukan sekadar hadir sebagai tetamu Allah, tetapi lebih 600 jemaah haji Malaysia musim ini turut menawarkan diri menjadi sukarelawan menerusi program Sahabat Maktab bagi membantu kelancaran operasi haji di Tanah Suci. 

Meskipun daripada jumlah itu, hanya 180 individu dipilih untuk membantu pengurusan dan kebajikan jemaah di enam maktab Muassasah, Ketua Rombongan Haji Malaysia Mohd Hisham Harun menyifatkan sambutan luar biasa itu sebagai bukti semangat kebersamaan dan kesukarelawan yang tinggi dalam kalangan jemaah haji Malaysia. 

“Ini satu perkembangan yang sangat positif. Mereka datang sebagai tetamu Allah tetapi pada masa sama mahu menyumbang tenaga dan membantu kelancaran operasi haji.

“Walaupun tiada imbuhan, ramai yang berminat kerana mereka melihat membantu jemaah lain juga sebahagian daripada ibadah,” katanya kepada media selepas pelancaran program Sahabat Maktab, di sini, hari ini.

Katanya, Sahabat Maktab memainkan peranan penting terutama ketika operasi masyair melibatkan pergerakan jemaah dari Makkah ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Mohd Hisham berkata antara tugas yang digalas sukarelawan tersebut ialah membantu menguruskan pergerakan jemaah, menunjukkan laluan khemah, membantu warga emas dan jemaah uzur selain memastikan proses menaiki serta turun bas berjalan lancar.

Beliau berkata pemilihan sukarelawan dibuat berdasarkan tahap kesihatan, kecergasan fizikal serta latar belakang tertentu termasuk bidang perubatan dan ibadah.

Sementara itu, peguam dan juga penasihat undang-undang, Hairul Iswandy Kadai, 47, menganggap peluang menjadi Sahabat Maktab sebagai ruang berbakti membantu tetamu Allah.

“Saya percaya ibadah bukan hanya solat dan zikir tetapi membantu orang lain juga ibadah. Selagi ada tenaga, saya mahu bantu apa sahaja yang diperlukan,” katanya yang mengakui memang aktif dalam aktiviti sukarelawan sejak zaman belajar dan mahu meneruskan semangat itu di Tanah Suci.

Isterinya, Maslinawati Mohamad, 47, berkata suaminya sudah mula membantu jemaah lain sebelum dilantik secara rasmi sebagai Sahabat Maktab.

“Saya nampak dekat lapangan terbang lagi dia sibuk bantu petugas dan jemaah. Dia juga ada latihan CPR dan bantuan kecemasan, jadi mungkin itu antara kelebihan yang boleh dimanfaatkan nanti,” katanya.

Program Sahabat Maktab diperkenalkan Tabung Haji sebagai inisiatif memperkukuh pengurusan dan kebajikan jemaah melalui penglibatan sukarelawan dalam kalangan jemaah sendiri sepanjang musim haji.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pemegang MyKad lama tidak diwajibkan tukar MyKad baharu menjelang 1 Jun – Saifuddin
Next: PM Anwar syor mekanisme siap sedia serantau bagi keterjaminan makanan semasa krisis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.