Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Premier Sarawak terima kunjungan hormat Mufti Sarawak baharu
  • TEMPATAN

Premier Sarawak terima kunjungan hormat Mufti Sarawak baharu

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama Datu Khalidi Ibrahim selepas sesi kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi.

PETRA JAYA: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat Mufti Sarawak, Datu Khalidi Ibrahim di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, hari ini.

Kunjungan tersebut merupakan pertemuan rasmi pertama Datu Khalidi bersama Premier Sarawak selepas dilantik sebagai Mufti Sarawak menggantikan Datu Kipli Yassin yang tamat tempoh perkhidmatan pada 28 Februari lalu.

Pelantikan Datu Khalidi berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 susulan persaraan Datu Kipli selepas lebih sedekad menerajui institusi keagamaan negeri.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Datu Khalidi Ibrahim di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pakar Rujuk di Jabatan Mufti Sarawak dan memainkan peranan penting dalam institusi berkenaan.

Pelantikan beliau dilihat sebagai kesinambungan kepimpinan dalam memperkukuh institusi fatwa negeri agar terus berwibawa, relevan dan responsif terhadap perkembangan semasa. Turut hadir Timbalan Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Khalipah Juli.

Oleh Shahrul Qaizat

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: JPN mula siasatan dalaman kes pelajar maut terkena renjatan elektrik di Daro
Next: Tun Wan Junaidi terima kunjungan hormat Abang Johari

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.