Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Chong Chieng Jen gesa orang ramai jangan terpedaya pinjaman wang di Facebook
  • Selatan
  • WILAYAH

Chong Chieng Jen gesa orang ramai jangan terpedaya pinjaman wang di Facebook

Utusan Sarawak 6 hours ago
CHONG Chieng Jen bercakap dengan mangsa.

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Chong Chieng Jen menasihatkan orang ramai supaya tidak meminjam wang daripada pemberi pinjam wang yang mengiklankan perkhidmatan mereka di Facebook dan media sosial susulan satu kes gangguan serta pemerasan melibatkan seorang lelaki berusia 23 tahun.

Menurut beliau, mangsa yang dikenali sebagai Mr Law mendakwa mengalami pengalaman buruk selepas meminjam RM450 daripada pemberi pinjam wang menerusi sebuah laman web yang diakses melalui iklan Facebook pada 29 Januari lalu.

Katanya, mangsa menekan pautan iklan di Facebook sebelum dibawa ke laman web Gobiaya untuk membuat pinjaman.

“Pada 12 Februari 2026, hanya dua minggu selepas menerima pinjaman itu, beliau telah membayar RM902 melalui DuitNow QR ke akaun yang diarahkan oleh pemberi pinjam wang tersebut.

“Beliau menyangka urusan itu telah selesai kerana sudah membayar dua kali ganda daripada jumlah pinjaman dalam tempoh singkat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Bagaimanapun, Chong berkata pada 11 Mac lalu, mangsa menerima mesej WhatsApp daripada pemberi pinjam wang itu yang menuntut bayaran tambahan sebanyak RM2,484.

Menurutnya, notis tuntutan turut dihantar kepada ibu bapa, abang dan saudara-mara mangsa bersama gambar kad pengenalannya.

Beliau berkata mangsa kemudian membuat laporan polis dan mengabaikan tuntutan berkenaan. Namun, pada 29 April lalu, gangguan menjadi lebih serius apabila gambar kad pengenalan mangsa serta ahli keluarganya disebarkan menggunakan beberapa nombor telefon bersama tuntutan baharu sebanyak RM4,738.

“Daripada RM450, walaupun sudah membayar RM902, kini kononnya hutang itu meningkat kepada RM4,738. Ini adalah pemerasan secara terang-terangan,” katanya.

Chong berkata tindakan pemberi pinjam wang itu menyebabkan tekanan dan kebimbangan serius kepada mangsa serta keluarganya sehingga mereka mendapatkan bantuannya.

Menurut beliau, atas nasihatnya, mangsa telah membuat satu lagi laporan polis berhubung gangguan dan pemerasan tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa surat telah dihantar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meminta tindakan segera untuk mengesan individu terlibat serta menggantung akaun media sosial, nombor telefon dan akaun bank yang digunakan.

“Penyalahgunaan media sosial dan kemudahan perbankan internet kini semakin berleluasa, memberi tekanan mental dan memudahkan penipuan terhadap orang ramai.

“Pihak berkuasa berkaitan termasuk MCMC, Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara perlu mengambil tindakan lebih proaktif dan agresif,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran ‘pinjaman mudah’ di media sosial.

“Semua pinjaman mudah ini akan menjadikan anda sasaran mudah untuk dieksploitasi dan ditipu,” katanya.

Chong berkata pihaknya akan terus memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mempergiatkan siasatan terhadap pemberi pinjam wang tidak berlesen yang dipercayai berselindung di sebalik internet untuk melakukan jenayah.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Dr Kelvin Yii gesa tindakan segera dan pampasan susulan insiden berulang paip pecah berkaitan KUTS
Next: Projek Jalan Utama Kedua Roban dijangka siap Mac 2027

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.