Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Delegasi Jerman lihat Sarawak destinasi pelaburan berpotensi tinggi
  • SEMASA

Delegasi Jerman lihat Sarawak destinasi pelaburan berpotensi tinggi

Utusan Sarawak 10 hours ago
SILKE Riecken-Daerr ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya. Foto Ukas

PETRA JAYA: Delegasi dari Jerman melihat Sarawak sebagai destinasi berpotensi tinggi untuk memperluaskan pelaburan, khususnya dalam sektor strategik yang sedang berkembang pesat di negeri ini.

Duta Besar Republik Persekutuan Jerman ke Malaysia, Silke Riecken-Daerr berkata, pihaknya hadir ke Sarawak bagi menilai sendiri potensi pembangunan negeri ini serta meneroka peluang kerjasama baharu yang boleh diperkukuh bersama rakan industri tempatan.

Menurut beliau, delegasi berkenaan turut disertai hampir 20 syarikat dari Jerman yang kini sedang meneroka peluang pelaburan dalam pelbagai bidang keutamaan.

“Kami sedang meneroka pelbagai sektor di mana Sarawak sedang cemerlang termasuk peralihan tenaga, kecerdasan buatan (AI), semikonduktor serta projek infrastruktur.

“Terdapat pelbagai perkembangan yang sedang berlaku dan dalam semua bidang keutamaan strategik yang penting untuk Sarawak, kami juga melihat banyak kekuatan serta cadangan daripada Jerman yang boleh membantu melonjakkan Sarawak dari segi ekonomi,” katanya.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada delegasi Jerman diketuai Silke Riecken-Daerr di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya. Foto Ukas

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan Malaysia-Jerman, Hannes Farlock berkata, lawatan tersebut memberi gambaran jelas mengenai momentum pembangunan Sarawak yang semakin pesat dan berdaya saing.

Menurut beliau, Sarawak mempunyai kelebihan dari segi sumber tenaga yang melimpah selain komitmen tinggi ke arah pembangunan ekonomi hijau dan pendigitalan.

“Kami melihat Sarawak mempunyai sumber tenaga yang melimpah serta sedang bergerak ke arah ekonomi hijau khususnya dalam pembangunan infrastruktur tenaga.

“Negeri ini juga dilihat sangat ke hadapan dalam usaha pendigitalan ekonomi termasuk penerapan kecerdasan buatan (AI) dalam pelbagai sektor.

“Saya percaya terdapat banyak persamaan antara kita terutama dalam aspek infrastruktur dan teknologi seperti AI yang turut menjadi fokus utama di Jerman dan Eropah ketika ini,” ujarnya.

DATUK Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bergambar bersama delegasi Jerman selepas sesi kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya. Foto Ukas

Tambah beliau, pembangunan bandar pintar, infrastruktur moden serta integrasi sektor seperti semikonduktor dan tenaga hidro dengan teknologi AI menunjukkan hala tuju yang selari dan berpotensi besar untuk diterokai bersama.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk kembali ke Sarawak bersama delegasi yang lebih besar termasuk syarikat pemula niaga (startup), selain meneroka kawasan lain seperti Bintulu bagi memperluaskan jaringan kerjasama.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn serta Setiausaha Kewangan Negeri Dato Sri Wan Lizozman Wan Omar.

Oleh Shahrul Qaizat

Continue Reading

Previous: Kisah sepasang selipar diikat tali ‘peneman setia’ di tanah suci
Next: Ahmad Johnie mahu isu renjatan elektrik sekolah dibawa ke Dewan Rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.