Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Sarawak rancang bina Kampus Data AI di Tanjung Embang – Abang Johari
  • SEMASA

Sarawak rancang bina Kampus Data AI di Tanjung Embang – Abang Johari

Utusan Sarawak 15 hours ago
PREMIER Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap ketika sesi sidang media selepas menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara SMD Semiconductor, Yayasan Sarawak dan Universiti Bristol di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya.

KUCHING: Kerajaan Sarawak merancang untuk membangunkan sebuah Kampus Data Kecerdasan Buatan (AI) di Tanjung Embang, di sini bagi memacu pelaburan serta memperkukuh ekosistem pusat data AI negeri itu.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menerusi satu kenyataan memaklumkan perkara itu, dimaklumkan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sewaktu lawatan kerja rasminya ke K2 Strategic Data Centre Campus di Dublin, Ireland, semalam.

Abang Johari berkata tapak seluas 405 hektar, dikenal pasti bagi merealisasikan projek berimpak tinggi berkenaan.

“Kampus yang dikenali sebagai Kampus Data AI Kuching itu, akan dilengkapi kemudahan bekalan tenaga dan air khusus bagi menyokong operasi pusat data tersebut.

“Projek ini akan dilaksanakan menerusi kerjasama awam-swasta (PPP), bermula dengan fasa pertama melibatkan kawasan seluas 120 hektar,” menurut kenyataan UKAS.

Abang Johari berkata pembangunan kampus berkenaan akan dimodelkan berdasarkan fasiliti bertaraf dunia yang dilawatinya itu.

Beliau berkata inisiatif tersebut, turut menyokong perancangan pembangunan berskala besar di Tanjung Embang, yang merangkumi pembinaan lapangan terbang baharu, pelabuhan laut serta pembangunan industri rendah karbon. – Bernama

Continue Reading

Previous: Terkesan alunan al-Fatihah, lelaki keturuan cina peluk Islam berpeluang tunai haji
Next: Kerajaan wajar nilai semula perbelanjaan sektor kurang kritikal – ABIM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.