Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Balu penderma organ syukur dapat bantu selamatkan tiga nyawa
  • NASIONAL

Balu penderma organ syukur dapat bantu selamatkan tiga nyawa

Utusan Sarawak 5 hours ago
PENGARAH Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Terengganu Faridah Che Hussin menyantuni Nurul Hanis Amelia Ramli, 32, balu kepada Allahyarham Muhammad Syukri Bazli pada majlis penyerahan Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat oleh PERKESO di kediamannya di Kampung Peroh hari ini. Balu kepada penderma organ Allahyarham Muhammad Syukri Bazli bersyukur kerana pengorbanan arwah suaminya berjaya menyelamatkan tiga nyawa. Foto BERNAMA

KUALA BERANG: Balu kepada penderma organ Allahyarham Muhammad Syukri Bazli bersyukur kerana pengorbanan arwah suaminya berjaya menyelamatkan tiga nyawa termasuk dua remaja.

Nurul Hanis Amelia Ramli berkata berdasarkan maklumat pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hati arwah suaminya didermakan kepada remaja perempuan berusia 13 tahun, manakala buah pinggang pula diberi kepada remaja lelaki 19 tahun dan wanita berusia 47 tahun.

“Alhamdulillah menurut maklumat HSNZ kanak-kanak itu dalam keadaan stabil, begitu juga dua penerima buah pinggang arwah yang telah lama terpaksa bergantung kepada dialisis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis penyerahan Pencen Penakat dan Faedah Pengurusan Mayat yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu Faridah Che Hussin di kediamannya di Kampung Peroh, Hulu Terengganu hari ini.

Ibu kepada tiga anak berusia satu hingga enam tahun itu berkata selepas berita mengenai pendermaan organ itu tersebar, ramai tetamu datang melawat serta menghulurkan sumbangan, yang sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya sekeluarga.

“Saya tak sangka berita tersebut yang tular di laman sosial dan mendapat liputan media mendapat reaksi luar biasa daripada orang ramai. Sejak kematian arwah, ramai yang datang ziarah termasuk orang yang saya tak kenal.

Nurul Hanis Amelia berkata pada mulanya dia serta ibu bapa arwah berat hati untuk bersetuju mendermakan organ, namun reda selepas memikirkan tindakan tersebut mampu memberi sinar baharu kepada kehidupan mereka yang memerlukan.

Wanita itu yang tidak bekerja berkata tindakan tersebut diharap dapat membuka mata lebih ramai pihak untuk mendermakan organ demi menyelamatkan nyawa.

Sementara itu, Faridah berkata waris Muhammad Syukri layak menerima pencen penakat sebanyak RM1,004.97 yang akan dibayar mulai bulan depan dan juga Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM3,000 untuk sekali bayar.

Beliau berkata bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga memandangkan balu arwah tidak bekerja.

“Pemergian arwah merupakan kehilangan besar kerana isteri tidak bekerja dan menanggung tiga anak termasuk seorang penghidap autisme,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: KPKT laksana penjimatan RM64.4 juta, sokong penyusunan semula perbelanjaan kerajaan
Next: Seniwati Maria Menado meninggal dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.