Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Stesen minyak Shell dan Petronas di Bekenu kehabisan RON95
  • Utara
  • WILAYAH

Stesen minyak Shell dan Petronas di Bekenu kehabisan RON95

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEHABISAN petrol RON95 di Bekenu menjejaskan pergerakan penduduk di sekitar kawasan.

BEKENU: Stesen minyak Shell dan Petronas di pekan Bekenu, didapati kehabisan petrol RON95, sekali gus menjejaskan pergerakan orang ramai.

Tinjauan Utusan Sarawak di kedua-dua stesen minyak tersebut hari ini mendapati hanya bekalan diesel masih tersedia.

Menurut seorang pekerja di stesen Shell, bekalan RON95 telah habis sejak semalam dan dijangka akan diterima semula pada keesokan hari.

Sementara itu, RON95 di stesen Petronas pula dilaporkan telah kehabisan sejak tiga hari lalu.

Dalam pada itu, seorang pegawai Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Miri yang ditemui mengesahkan bahawa kedua-dua stesen minyak tersebut kehabisan bekalan RON95 sejak semalam.

“Kedua-dua stesen minyak di sini tidak seperti di bandar dan masing-masing diperuntukkan kuota,” katanya tanpa memperincikan jumlah kuota yang diagihkan.

RON95 di stesen Petronas pula dilaporkan telah kehabisan sejak tiga hari lalu.

Hasil tinjauan juga mendapati dua anggota KPDN Cawangan Miri melakukan pemantauan di kedua-dua stesen minyak tersebut sejak awal pagi hingga petang.

Difahamkan, pembelian petrol atau diesel menggunakan tong dibenarkan dalam kuantiti bawah 20 liter tanpa permit khas, namun hanya untuk tujuan kecemasan seperti kegunaan mesin rumput, pam air atau peralatan kecil lain.

Sebagai makluman, bagi pembelian 20 liter atau lebih, orang ramai diwajibkan mendapatkan permit khas daripada KPDN terlebih dahulu sebelum urusan pembelian. Langkah ini bertujuan mengawal penyelewengan bahan api bersubsidi serta mengelakkan penyalahgunaan yang boleh menjejaskan bekalan dan keselamatan awam.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan kemudahan pembelian bahan api, selain mendapatkan permit yang sah sekiranya memerlukan kuantiti lebih besar.

KPDN turut menegaskan bahawa tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan tersebut mengikut undang-undang sedia ada.

Oleh Adum Liu

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JCI Kuching mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah ke-5 2026
Next: Peruntukan berjumlah RM590,000 untuk laksana dua projek RTP DUN Kabong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.