Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Peruntukan berjumlah RM590,000 untuk laksana dua projek RTP DUN Kabong
  • Tengah
  • WILAYAH

Peruntukan berjumlah RM590,000 untuk laksana dua projek RTP DUN Kabong

Utusan Sarawak 6 hours ago
LAWATAN tapak bagi meninjau beberapa projek yang bakal dilaksanakan di bawah peruntukan RTP 2026 di sekitar DUN Kabong, hari ini. Foto: ADUN Kabong

KABONG: Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM590,000 bagi melaksanakan dua projek utama di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong, sebagai usaha memperkukuh pembangunan infrastruktur luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, peruntukan tersebut akan memberi tumpuan kepada projek yang menyentuh keperluan asas penduduk termasuk kemudahan jalan serta sistem saliran yang lebih cekap.

Menurut beliau, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi kerja naik taraf jalan ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyabor yang sering digunakan penduduk setempat.

Selain itu, RM390,000 lagi disalurkan untuk pembinaan baharu pintu air di Jalan Sessang Emplam bagi meningkatkan kecekapan sistem saliran serta mengurangkan risiko banjir di kawasan berkenaan.

Beliau menjelaskan, kedua-dua projek tersebut dikenal pasti sebagai keutamaan hasil maklum balas penduduk serta keperluan semasa yang memerlukan penyelesaian segera.

Katanya, lawatan tapak yang dijalankan turut membantu pihak berkaitan mengenal pasti skop sebenar projek termasuk aspek teknikal dan kesesuaian pelaksanaan di lapangan.

“Hasil tinjauan akan dimasukkan dalam perancangan supaya pelaksanaan projek lebih tersusun, tepat serta benar-benar memenuhi keperluan rakyat,” katanya

Tambah Chee Kadir, penyelarasan peruntukan akan dilakukan berdasarkan skop kerja yang telah dikenal pasti bagi memastikan setiap projek dilaksanakan secara optimum tanpa pembaziran.

Berdasarkan penilaian awal, komponen kerja yang terlibat merangkumi naik taraf jalan, pembinaan pembetung, pembersihan parit serta pembinaan struktur pintu air yang lebih efisien.

Pelaksanaan projek ini diyakini mampu mengurangkan masalah saliran, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan penduduk di kawasan terlibat.

Pada masa sama, projek RTP ini juga dijangka memberi impak positif kepada pembangunan setempat termasuk memperbaiki akses dan kemudahan asas di kawasan luar bandar.

Lawatan tapak berkenaan turut disertai Pegawai Khas kepada ADUN Kabong, Nur Elffi Amir bersama wakil Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong serta Penolong Jurutera, Norhasyimah Jemat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Stesen minyak Shell dan Petronas di Bekenu kehabisan RON95
Next: Segerakan pembinaan IPD Saratok yang baharu – Pele Tinggom

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.