Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Dolar AS/ringgit dijangka diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat – Apex Securities
  • BISNES

Dolar AS/ringgit dijangka diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat – Apex Securities

Utusan Sarawak 14 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Apex Securities menjangkakan gandingan dolar AS/ringgit akan diniagakan pada julat 3.95-4.05 dalam tempoh terdekat.

Dalam nota penyelidikan hari ini, firma pembrokeran itu memaklumkan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) yang lebih neutral dan permintaan aset selamat disebabkan ketegangan geopolitik akan terus menyokong dolar Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat.

Ia menambah indeks dolar AS telah meningkat 1.4 peratus kepada 98.9 sejak konflik Asia Barat bermula.

“Kami menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah sepanjang 2026, selepas satu penurunan sebanyak 25 mata asas sebelum ini. Ini secara amnya sejajar dengan niaga hadapan kadar dana Fed, yang tidak menjangkakan sebarang penurunan pada 2026,” menurut Apex Securities.

Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan dalam mesyuarat ketiganya tahun ini, mengekalkan kadar dasar pada 3.50–3.75 peratus, dengan seorang ahli tidak bersetuju dan menyokong pengurangan sebanyak 25 mata asas. Secara khususnya, tiga ahli menolak untuk mengekalkan kecenderungan pelonggaran dalam kenyataan berkenaan.

“Kami bersetuju dengan pandangan Fed bahawa ekonomi AS kekal berdaya tahan, disokong oleh kitaran pelaburan AI yang sedang meningkat dan permintaan pusat data yang berterusan,” jelas firma pembrokeran itu.

Ia menambah kesan kekayaan daripada pasaran ekuiti yang berdaya tahan juga dijangka terus menyokong perbelanjaan isi rumah dan tumpuan Fed mungkin beralih ke arah mengekang inflasi seperti yang dicerminkan dalam nada yang semakin berhati-hati daripada jawatankuasa Fed.

Di Malaysia pula, Apex Securities kekal berpendapat bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman tidak berubah pada 2.75 peratus sepanjang 2026 untuk memelihara pertumbuhan.

“Sejauh mana kenaikan harga minyak mentah memberi kesan kepada inflasi yang lebih luas dan kekuatan permintaan domestik, akan kekal menjadi pertimbangan utama dasar,” tambahnya.

Mengenai tinjauan dasar Fed, Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan pendapatnya bahawa akan ada dua pengurangan pada suku keempat 2026, walaupun risiko inflasi yang didorong oleh geopolitik dan tenaga yang jelas telah meningkatkan kesukaran untuk pelonggaran kadar dasar.

Asas unjurannya adalah keadaan pasaran buruh yang lemah, pendapatan sebenar yang menurun dan ketegangan geopolitik yang berkurangan pada suku ketiga 2026 sepatutnya mengurangkan premium geopolitik minyak mentah serta menurunkan inflasi menjelang 2027, jelasnya.

“Walaupun risiko penangguhan pemotongan kadar telah meningkat, kami masih melihat langkah seterusnya lebih cenderung kepada pengurangan berbanding kenaikan,” tambah firma itu.

Kenanga IB memaklumkan aliran dana ke aset selamat dan  jangkaan yang lebih rendah terhadap pemotongan kadar Fed akan terus menyokong dolar AS dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, memandangkan pasaran bertumpu ke arah jangkaan kami tentang pelonggaran kadar dasar pada akhir 2026 dan premium geopolitik akhirnya berkurang, kami terus menjangkakan dolar AS menjadi lebih lemah menjelang hujung tahun,” tambahnya. – Bernama

Tags: Bisnes

Continue Reading

Previous: Bursa Malaysia diniagakan tidak menentu susulan ketegangan di Asia Barat dan harga minyak tinggi
Next: Harga minyak terus melonjak susulan jangkaan sekatan berpanjangan di Selat Hormuz

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.