Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Pengambilan darah di farmasi komuniti perlu lesen sah – KKM
  • KESIHATAN

Pengambilan darah di farmasi komuniti perlu lesen sah – KKM

Utusan Sarawak 8 hours ago

PUTRAJAYA: Perkhidmatan saringan kesihatan termasuk pengambilan darah di farmasi komuniti hanya boleh dilaksanakan di fasiliti kesihatan yang berdaftar dan berlesen selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan hari ini pengambilan darah atau phlebotomy merupakan prosedur klinikal yang memerlukan pematuhan ketat terhadap standard keselamatan serta pengurusan risiko yang sewajarnya.

Menurut KKM, merujuk Seksyen 2 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586], sebarang premis yang menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan, termasuk pengambilan darah tertakluk kepada keperluan pendaftaran serta pelesenan di bawah akta berkenaan.

“Oleh itu, berdasarkan kepada kerangka perundangan sedia ada, premis yang menjalankan aktiviti pengambilan darah disifatkan menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan yang tertakluk kepada keperluan pendaftaran dan pelesenan bawah Akta 586.

“Menjalankan perkhidmatan ini tanpa pendaftaran atau lesen sah di bawah Akta 586 adalah satu kesalahan yang boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, KKM mengiktiraf peranan penting farmasi komuniti dalam menyumbang kepada ekosistem penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada rakyat, namun aspek keselamatan, kualiti dan akauntabiliti perkhidmatan perlu sentiasa diutamakan.

Sehubungan itu, kementerian memaklumkan akan terus mempertingkat penguatkuasaan bagi memastikan semua perkhidmatan jagaan kesihatan dijalankan di premis fasiliti kesihatan yang mematuhi ketetapan undang-undang.

Langkah tersebut, menurut KKM, bukan sahaja bertujuan melindungi keselamatan pesakit, malah mengelakkan farmasi komuniti daripada berdepan risiko undang-undang serta reputasi sekiranya menjalankan perkhidmatan tanpa kelulusan sewajarnya.-  Bernama

Continue Reading

Previous: RSDM perluas program, perkasa komuniti tangani kesihatan mental
Next: Potongan bajet kesihatan boleh jejaskan penjagaan pesakit – Dr Kelvin Yii 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.